Nur Ayesha kembali ke kampung setelah menconteng arang di muka keluarganya serta keluarga pihak lelaki apabila dia telah melarikan diri di hari perkahwinan aturan keluarganya setahun yang lalu. Lebih mengejutkan lagi, dia pulang menggendong seorang bayi perempuan yang baru berusia satu bulan.
"Ini anak Ayesha, abah. Apa pun yang terjadi, Ayesha tak akan bagi anak Ayesha dekat orang lain semata-mata nak tutup malu keluarga kita."
Kedegilan Ayesha menyebabkan Haji Wahid dengan tebal muka merayu kepada Basheer agar bersetuju buat kali ke-dua untuk mengahwini Ayesha walaupun Basheer sekeluarga masih terkesan atas perbuatan Ayesha.
Meskipun banyak halangan daripada keluarga Basheer, Basheer tekad memberi Ayeesha peluang kedua untuk mengahwininya dengan beberapa syarat yang ditetapkan.
Pertama, Ayesha perlu bersetuju menjadi isteri mithali yang diinginkan oleh Basheer. Kedua, Ayesha tidak boleh menghalang sekiranya Basheer berniat untuk berkahwin lain.
Ayesha terpaksa bersetuju dengan syarat Basheer atas arahan Haji Wahid jika tidak bayi itu akan diserahkan kepada orang lain.
...
"Aku telah berkorban untuk menutupi malu keluarga kau, tapi aku hanya minta kau menyantuni aku seperti selayaknya seorang suami disantuni oleh seorang isteri. Adakah permintaan aku terlalu susah, Ayesha?" - Basheer.
"Jika itu yang kau mahukan, aku mohon kau terima anak ini jika kelak kau sudah tahu asal usul sebenarnya. Aku mahu kau mempertahankan Ameera seperti nyawa kau sendiri, Basheer."- Ayesha.
"Aku terima diri kau dan Ameerah. Aku terima kisah silam kau. Aku tak pernah mempersoalkan pilihan hidup kau sebelum ini. Apa lagi yang aku tak terima, Ayesha?" - Basheer.
"Ada satu kebenaran yang belum kau ketahui, Basheer." - Ayesha.
"Aku juga punya perasaan, Ayesha. Jadi, beritahu aku sekarang sementara aku masih mampu menghadapi kecewa dan sakit hati sekali lagi."- Basheer.
"Beri aku waktu, Basheer!" - Ayesha.
©️AmeriCarlla All Rights Reserved
Read more