Janji Setia Padamu (Completed)
  • Reads 4,250
  • Votes 333
  • Parts 17
  • Reads 4,250
  • Votes 333
  • Parts 17
Complete, First published Jun 18, 2024
[CERPEN DIINSPIRASIKAN DARIPADA LAGU (MEMORI MUNGKIN BERULANG - TOMOK & SITI NORDIANA)]

"Saya janji dengan awak... bila saya dah habis belajar, kita akan kahwin." - DAHLIA.

"Saya tunggu." - INDRA.

Itulah janji yang pernah dilafazkan Dahlia dan Indra sebagai tanda kasih sayang mereka sebagai pasangan kekasih. Walau berbeza jarak, mereka tetap setia dengan cinta yang ada namun jodoh tiada untuk mereka kerana sekembalinya Dahlia ke tanah air, dia telah dikahwinkan dengan Nazril atas aturan keluarga.

19 tahun kemudian, mereka bersua kembali di atas lembaran takdir yang baharu. Kehadiran Indra sebagai klien bisnes Dahlia membuatkan kejanggalan itu masih ada. Luka lama pun kembali terasa apatah lagi saat Indra memandang wajah satu-satunya wanita yang bertakhta di jiwa.

"Saya minta maaf. Masa tu, saya tak ada pilihan dan saya tak mampu nak lawan kehendak mama dan papa." - DAHLIA.

"Simpan ajelah maaf awak tu. Sebab maaf awak tu murah dan tak ada makna." - INDRA.

Jika memang bukan jodoh mereka, mengapa kembali bertemu? Jika memang sudah rela melepaskan, mengapa sakitnya masih terasa?

JANJI SETIA PADAMU
All Rights Reserved
Sign up to add Janji Setia Padamu (Completed) to your library and receive updates
or
#397shortstory
Content Guidelines
You may also like
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] by IeraRoselyn
67 parts Complete
Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak apabila ditiup secebis rasa cinta di dalam hati. Semuanya diluar kemampuan setiap manusia. Kerana hanya Allah Maha Pemilik hati. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?
You may also like
Slide 1 of 10
D.I.R.I.D cover
Cintaku Hanya Untukmu [✔] cover
Peluang Untuk Bahagia✔ [Republish] cover
Tak Seindah Novel cover
TAKDIR YANG TAK DIPINTA || COMPLETED✅ cover
Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz ) cover
[C] My Heart ✓ cover
Heartless ✔️ cover
Demi kamu cover
Cinta Yang Pergi [COMPLETED]✔️ cover

D.I.R.I.D

23 parts Complete

Cubaan tiga beradik untuk menjodohkan along dengan jejaka bekerjaya pujaan kampung (dan merangkap seteru along). Kisah berkisar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam dan gelagat adik-beradik. Setiap satu mempunya fi'il yang unik yang membuatkan kehidupan mereka tiada apa-apa melainkan kebahagiaan dan sedikiiiit kemuraman. Along dengan pendirian tak mahu berkahwin, angah yang hilang dari radar, alang yang suka bergosip, achik yang hampir dibuli dan Daniel yang licik. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Fiksyen, Kekeluargaan, Kehidupan, Komedi, Remaja, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)