"Hidup ini tentang kebolehan daya tahan. Tanpa daya tahan, banyak di antara kita yang telah jatuh tersungkur. Tapi nyatanya, banyak yang mampu bangkit dan meletakkan diri di tonggak tertinggi. Lantas, apa alasan engkau untuk menyerah? Tuhan tidak pernah menguji hamba-Nya lebih daripada apa yang mereka mampu untuk tanggung." Juwita hanyalah seorang gadis kampung yang punya cita-cita besar. Ramai yang meremehkan dan ramai yang memperkecilkan. Namun, Juwita akan buktikan bahawa gadis kecil dari kampung ini mampu mengubah dunia. Akan tetapi, mampukah gadis kecil ini terus bertahan di tengah gempuran modenisasi dan sosialisasi yang saban hari terus berkembang pesat sehingga nilai akhlak dan insani terus dipandang sepi?