Rindu Tanpa Noktah

Rindu Tanpa Noktah

  • WpView
    Reads 713
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 28
WpMetadataReadOngoing4h 23m
WpMetadataNoticeLast published Sun, Aug 24, 2025
Zurhaiz. Seorang pemuda yang sentiasa ceria, membawa cahaya ke mana sahaja dia melangkah. Mereka yang berada di sekelilingnya pasti merasakan tempias positif yang menghangatkan jiwa. Namun, takdir tidak pernah membiarkannya benar-benar bebas. Sejak kecil, penyakit jantung yang dihidapinya menjadi tembok yang menghalang langkahnya. Dia memahami ketakutan ibunya, Juliana. Seorang wanita yang telah banyak melalui detik hampir kehilangan anaknya berkali-kali. Trauma itu membelenggu Juliana, membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya sentiasa berada dalam dakapan selamat. Namun, anak muda mana yang tidak mempunyai keinginan. Cintanya pada muzik adalah nyawa kedua yang tidak mampu dirampas darinya, meskipun dihalang keras oleh ibu. Ada rahsia dalam hati Juliana. Kisah silam yang membuatkan dia membenci dunia muzik. Baginya, seni yang sepatutnya menghiburkan itu telah menghancurkan impian yang pernah diharapkannya menjadi mahligai bahagia. Dalam perjalanannya, Zurhaiz bertemu dengan K. Seorang lelaki dingin yang telah lama menjauhkan diri daripada dunia. Namun, perlahan-lahan, kehadiran Zurhaiz mengubah segalanya. Bersama pemuda itu, K belajar untuk tersenyum dan lebih jujur dengan diri sendiri. Meskipun cuba menyembunyikannya di sebalik raut wajah yang kaku, kehangatan yang dibawa Zurhaiz terlalu sukar untuk dinafikan. Ketika Zurhaiz merasakan kehidupannya akhirnya berwarna... ketika dia melihat secercah sinar di hujung terowong yang selama ini gelap... takdir tetap mengejarnya kembali. Sejauh mana pun dia cuba melangkah, dia tidak pernah punya kuasa untuk lari dari apa yang telah tertulis oleh Yang Maha Esa.
All Rights Reserved
#14
sickmale
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Bunga Yang Dibenci
  • What If I Never Met You
  • ALEA: Gerbang Ketiga-Di Balik Pintu Tak Bernama
  • Penghulu Bidadariku S2 : Aisyah Humaira
  • SUARA DARI SEPARUH JIWA
  • Kangen Kamu Setelah Perpisahan
  • My Best Mama
  • Rindu Itu Luka
  • Chatralian's Home [END]

Bunga Amani dilahirkan dalam dunia yang tidak menginginkannya. Sejak hembusan nafas pertama, dia telah dianggap sebagai punca kematian ibunya. Ayahnya, Tuan Hisham, tidak pernah memaafkan Bunga kerana kehilangan wanita yang paling dicintainya. Sejak kecil, Bunga hidup dalam penghinaan dan kesepian. Dunia kecilnya hanya dipenuhi dengan suara caci maki, bukan belaian kasih sayang. Keadaan semakin parah apabila ayahnya berkahwin dengan seorang janda bernama Puan Mariam, yang mempunyai anak perempuan bernama Nur Shasha Dahlia tiga tahun lebih tua dari Bunga. Walaupun ibu tiri itu bersikap baik, namun Shasha mewarisi kebencian ayah mereka. Bunga menjadi hamba dalam rumah sendiri, dipukul, diherdik, dan dimalukan tanpa belas kasihan. Puncak penderitaannya tiba apabila Shasha melarikan diri pada hari pernikahannya. Untuk menutup aib dan menjaga maruah keluarga, Bunga dipaksa menggantikan tempat Shasha sebagai pengantin. Dia dikahwinkan dengan Rafeeq,seorang lelaki dingin dari keluarga kaya dan konservatif. Bunga menyangka itulah titik mula kebahagiaan. Namun, perkahwinan itu bukanlah penyelamat, tetapi neraka baru. Bunga terus didera dari segi fizikal dan mental bukan hanya oleh Rafeeq, tetapi juga oleh ibu mertuanya, kakak iparnya, dan adik iparnya. Setiap hari, luka di hatinya bertambah dalam. Namun, Bunga bertahan... bertahan kerana dia percaya suatu hari nanti, Tuhan akan membalas keperitannya. Tetapi, tidak semua cerita punya pengakhiran bahagia... (jangan lupa votes tau every chapter,thank you cintah)

More details
WpActionLinkContent Guidelines