Aydeen isacc Seorang pemain bola sepak antara bangsa yang dikenali ramai dan diminati oleh ramai gadis luar negara . Dia berasal dari malaysia . Keluarganya kaya raya dan hidup bahagia . Tapi dia terpaksa berkahwin dengan seorang perempuan disebabkan satu kejadian yang hampir memusnahkan kebahagiaannya ! Bunga nur ateesha Seorang perempuan yang dibenci oleh seluruh keluarga sendiri kecuali tok ayah yang sudi menjaganya dari kecil . Ibunya dibunuh selepas melahirkan dia kerana telah membolot harta syarikat keluarga bapanya . Bapanya tidak sanggup untuk hidup setelah tahu berita kematian isterinya yang dibunuh lalu membunuh diri sendiri . Bunga nur ateesha hidup tanpa ibu bapa . Dia dibenci atas perbuatan ibunya padahal bukan dia yang melakukan . "Hey perempuan miskin tak sedar diri , kau ingat kau siapa boleh duduk dalam rumah ni . Ni mesti buat muka kesian lepastu nak ambil harta ayah aku kan ! Macam ibu kau pernah buat dulu . Kau tahu tak sebab ibu kau la syarikat ayah aku hampir musnah tau dan sebab ibu kau jugak adik aku bunuh diri ." Datin aufinaa berkata sambil menunjalkan jari telunjuk dikepala Bunga Nur Ateesha . "Bunga tahu maklong . Bunga sedar diri . Bunga bukan ibu , maklong maafkan la ibu biar ibu tenang dekat sana " Bunga memohon sambil menundukkan kepalanya melutut kepada maklongnya . Laju air matanya mengalir . "Sudah sudah la tu ma ! Semak je dengar orang miskin menangis " Aydeen berkata kepada ibunya . Adakah Bunga Nur Ateesha akan terus dibenci ? Mungkin sudah tertulis jalan hidupnya begini . Hampa .All Rights Reserved
1 part