-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia masih berjuang dengan diri sendiri dalam mempertahankan rumah tangganya. "Awak memang nak berpisah ke?" - Isa Khaleed - Seorang wanita yang bekerjaya dalam dunia seni. Namanya dikenali satu Malaysia. Sikap karisma dan tegas membuatkan ramai menghormatinya dalam dunia seni. Namun dia memilih untuk berhenti dalam memperjuangkan rumah tangganya yang dibina selama 2 tahun. "Kita berdua dah hilang rasa. Lebih baik berpisah," - Kaysa Jameela - Dua hati yang dulunya indah bila bersama. Ketawa dan menangis sentiasa ada antara satu sama lain. Tetapi perasaan yang dulunya indah mula menjadi kelam dan menghilang. "Awak dah janji kan? Kenapa tak buat?" - Kaysa Jameela. "Awak ada hal awak. Saya pun sama. Jadi kenapa perlu pertikaikan?" - Isa Khaleed. - Adakah mereka akan bersatu? Selama beberapa bulan sebelum perpisahan dilaksanakan? Start : 21 Julai 2024 End : 28 September 2024