Benar lah apa yang orang zaman dahulu kala kata.Jangan tidak suka sangat dan terlalu benci pada seseorang itu nanti..akan jatuh cinta.Begitulah kisah seorang Tengku Adnan Syafiq.Dia punyalah jauh kan diri daripada seketul Nur Eryna Syauqina ini.Eh tup tup semudah makan kacang sahaja ibunya Datin Aminah jodohkan dia dengan perempuan itu.Dia tidak mahu !Dia mahu cari perempuan dan berkahwin dengan perempuan yang dia cintai sahaja! Bukannya perempuan yang dia tidak kenal secara tiba tiba yang dia tolong. "Listen here,Nur Eryna Syauqina Binti Muhammad Syafie.Kita tiada jodoh.Aku langsung tiada perasaan pada kau.Aku bukannya tolak pelawaan ibu aku untuk berkahwin dengan kau.Tapi you know?Hidup aku penuh ancaman dan bahaya daripada pihak musuh.Aku tak jamin kau akan selamat!So aku nak mulai dari saat ini kau jauhkan diri kau daripada aku kalau kau sayangkan nyawa kau" ~Tengku Adnan Syafiq Tapi apa seketul Nur Eryna Syauqina ini peduli? "Awak kata kita tiada jodoh?Kalau kita tiada jodoh,kenapa Allah temukan kita berdua dan kenapa rasa ini masih ada pada awak walaupun saya dah berdoa kalau bukan awak yang terbaik untuk saya,jauhkan saya daripada awak?" ~Nur Eryna Syauqina Tapi kuasa Allah itu luas dan hebat.Allah jentikkan rasa suka dan sayang ini secara tiba tiba kepada Tengku Adnan Syafiq. "Dengan 99 nama Allah,aku berjanji aku akan jaga kau walaupun aku kena pertaruhkan nyawa aku untuk kau." ~Tengku Adnan Syafiq Dan..siapa sangka?Ada satu kejadian ngeri yang terjadi pada mereka yang menyebabkan mereka berpisah.Mereka bertemu/bahagia ditentukan oleh takdir dan juga mereka kembali bersama juga kerana takdir. "Jangan tinggalkan saya lagi.Saya tidak sanggup hidup tanpa awak disisi saya." ~Nur Eryna Syauqina "Kau kena ingat satu benda sahaja.Sekali aku pergi,aku akan kembali semula pada kau.Aku takkan tinggalkan kau." ~Tengku Adnan Syafiq Bagaimanakah berakhir kisah mereka ini?