We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
ENZO
  • WpView
    Reads 88
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 19
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jan 1, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Enzo tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung setelah kematian permaisuri. Hendak mengharapkan ayahnya, lelaki itu tetap tidak akan meninggalkan tugasnya. Dia mahu mati, dia sudah penat hidup, lebih baik dia pergi bersama dengan ibunya daripada terus terseksa hidup. Namun dengan kehadiran Althea, gadis itu memberikan tujuan kepada Enzo untuk bangkit dari perasaannya. Tetapi apa yang Enzo tidak tahu, Althea yang datang ke istana sebagai seorang ahli perubatan, juga bertugas sebagai seorang pembunuh upahan dari negeri Mundelia. Semua yang berlaku, berjalan selari dengan takdirnya, dan Enzo... tiada tempat untuk melarikan diri. Tugasnya adalah menyelamatkan negerinya, Edirth, berserta gadis itu didalamnya.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Darlingku Minah Angau
  • Cleo Adrianna [ COMPLETED ]
  • CINTA SANG PUTERA
  • Embers Of The Crown
  • [C]HIS LOVELY WIFE
  • Your Mikhaliev Edric [C]

Kehadiran Anggun Danisha di rumah atuknya telah menyebabkan hidup Profesor Dr Harith Mishka menjadi porak peranda. Dia bencikan gadis itu yang merupakan anak musuhnya. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan Anggun Danisha. Serupa minah angau yang terlalu mengejar cinta. Sehingga sanggup menyambung master di Universiti tempatnya bekerja demi untuk mengejar cinta seorang lelaki. Natijahnya dia terpaksa melantik gadis itu sebagai pembantu penyelidiknya dan terpaksa menjadi driver gadis itu saban hari! Siapa sangka hubungan yang pada mulanya dingin semakin rapat dari hari ke hari. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing. Namun ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, Harith Mishka harus terima hakikat yang dia telah melakukan satu kesilapan besar kerana telah jatuh cinta dengan anak musuhnya sendiri. Tapi kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang. Tercabar dengan penentangan Badri, papa Anggun Danisha, Harith Mishka nekad membawa Anggun Danisha kahwin lari di luar negara. Apatah lagi apabila Anggun Danisha sanggup membuang papanya demi untuknya membuatkan Harith Mishka berasa begitu bangga sekali. Akhirnya Badri kalah di tangannya jua. Namun baru sahaja mereka menyulam bahagia rumah tangga mereka mula diuji. Cinta mereka tergugar apabila Badri disahkan menghidap penyakit kronik. Keadaan semakin rumit apabila Harith Mishka meletakkan taklik cerai kepada Anggun Danisha. Dia terpaksa memilih antara suami dan papanya. Tergamaknya Harith Mishka memperlakukan dirinya sebegini. Anggun Danisha semakin keliru. Apatah lagi dengan sikap Harith Mishka yang sudah mula menunjukkan sikap bengisnya membuatkan cintanya semakin pudar. Wajarkah dia mempertahankan rumah tangganya lagi sedangkan papanya sedang nazak di hospital? Perlukah dia mempertahankan cintanya yang kian pudar?

More details
WpActionLinkContent Guidelines