Puan Zubaidah dan Dato' Kamarudin mempunyai dua anak perempuan yang sangat lain daripada lain malah perangai juga bagai langit dengan bumi.
Anak sulungnya yang bernama Nor Ameera Qaisara yang berwatakan tegas,pembersih, independent,rajin,keras kepala dan susah untuk diaturkan.
Anak bongsunya pula ialah Nurlisa Qarina. Perwatakannya sangat kontra dengan kak longnya.Dia seorang yang ceria,manja,pemalas,nakal tetapi dia memang diakui baik dan sopan santun berbanding kak longnya.
Mereka sudah buntu apabila anak perempuan mereka sudah menjadi perbualan orang ramai setelah umur anak mereka sudah mencecah umur 25 dan 26 tahun.
Mereka pun mula bertindak untuk menyelesaikan masalah ini.
Disebabkan Nurlisa tidak bersedia lagi untuk berkahwin dan ingin hentikan permintaan mama dan papanya, dalam diam Nurlisa mencarikan bakal suami untuk kak longnya.
Tapi berjayakah dia mencari bakal suami untuk kak longnya?
Bakal suami siapa yang sampai dulu?