Kalau bulan dan matahari bertembung sudah tentunya menjadi gerhana bukan?
Kazuhito Amano merupakan utusan kepada Amaterasu yang ditugaskan untuk menagih cinta daripada Alisa Ishigami yang merupakan permata berharga bagi Tsukuyomi kerana wanita itu sangat taat kepada Dewa Bulan itu.
Misi Kazuhito adalah untuk menumpaskan keluarga Ishigami yang sangat membenci Amaterasu dan memusnahkan permata berharga milik Tsukuyomi dengan tangannya sendiri. Kazuhito akan memastikan keluarga Ishigami akan menyesali perbuatan mereka dan menghukum mereka. Dia akan membuat Dewinya tersenyum senang melihat kerjanya.
Keluarga Ishigami merupakan keluarga terkaya di Megumi no Hikari. Mereka merupakan penyembah Tsukuyomi no mikoto yang merupakan Dewa Bulan.
Walaupun keluarga mereka terkaya dan terkenal diseluruh negara itu dan negara-negara yang lain, mereka sangat dibenci oleh penduduk-penduduk Megumi no Hikari kerana keluarga Ishigami enggan menundukkan diri mereka kepada Amaterasu Omikami yang merupakan Dewi Matahari itu.
Keluarga Ishigami dikutuk oleh Amaterasu kerana cubaan untuk memberikan dendam mereka kepada Dewi tersebut.
Mereka dikutuk dengan makhluk sumpahan yang diletakkan dalam badan mereka.
Makhluk sumpahan yang datang dari neraka. Itulah yang diletakkan dalam badan mereka oleh Amaterasu sendiri.
Dengan itu, benci keluarga Ishigami terhadap Amaterasu masih membuak-buak hingga sekarang. Mereka akan menuntut dendam terhadap Dewi tersebut sehinggalah mereka puas.
Dendam, tidak akan puas. Tidak puas sehingga kewujudan Dewi tersebut hilang di hadapan mereka.
Adakah Kazuhito dapat menagih cinta daripada Alisa? Adakah Keluarga Ishigami dapat melunaskan dendam mereka terhadap Amaterasu?
Lepas tu kita masukkan, "Nantikan! Persoalan akan dijawab di dalam cerita ini!" Tiber.
💜🧡
[♦] Upload pada setiap Isnin atau Selasa jika tidak sibuk. Terima kasih!