10 parts Ongoing "Then when? Jika kamu tak setuju, lupakan Greece. Daddy akan minta Ika freeze akaun Mary. Cari jalan sendiri ke sana."
Demi keseronokkan sementara Mary bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh ayahnya, Dato' Akram. Perkara yang penting buat gadis itu ialah, dia dapat bercuti ke Greece bersama-sama teman lelakinya.
"Aku sahaja anak tunggal Dato' Akram. Jika janji itu dimungkiri, daddy mungkin kecewa seketika sahaja." - MARY
Dia cukup yakin syarat yang diletakkan itu hanya sebagai cara mendiamkan ibunya.
Greece pula sudah mempunyai rancangan yang lain buat Mary. Tanah itu yang terkenal dengan mitos tuhan Greek yang tampan menemukan Mary dengan Ghazi.
"Sekarang ni nak tolong orang pun salah."- GHAZI
"Aku tak mintak pun.'"-MARY.
Sepanjang masa di Greece, mereka berdua asyik bertembung. Pergaduhan dan kata sindiran berbalas antara keduanya sehingga Mary merancang untuk memalukan Ghazi.
"Sekarang kau kenal siapa Mary, kan?" -MARY
"Kau malukan aku kan? tunggu sahaja balasannya."- Ghazi
percutian pendek di Greece akhirnya tamat dan Mary pulang ke Malaysia. Dia masih dengan cara yang lama, menghabiskan masa dengan keseronokan dunia. Tanpa sedar, tempoh masa yang diberikan oleh Dato' Akram pun tiba.
"Tapi daddy, duit ni semua untuk siapa? Mary kan? kenapa nak halau?"- MARY
pertemuan antara Ghazi dan Mary di Malaysia membuka lembaran baru.
"Ini sebab kaulah. Kau yang minta aku dapat balasan kan?"-MARY
"Semua salah kau sendiri. Terlalu bangga dengan kekayaan yang bukan milik kau pun."-GHAZI
Berjayakah Mary melalui bahagian kedua perjanjian yang telah termaktub antara dia dan juga Dato' Akram?
bagaimana pula dengan hubungan yang mula terbina antara Ghazi dan Mary?