Didesak terus-menerus agar berkahwin kerana usianya yang makin menua, hendak tidak hendak Hilman Adrian terpaksa melamar kekasih hati, Nurine Afiya agar sang Mami tidak lagi mencarikannya jodoh. Dia yang sudah serik disodorkan satu demi satu gambar-gambar anak dari kenalan Maminya nekad memberi kejutan lamaran pada Nurine Afiya. Namun, buat kesekian kali lamaran itu tidak juga menjadi. Kejutan yang dia siapkan tak sempat menjadi kejutan. Sehinggalah dihari yang sama, dia bertemu dengan seorang perempuan yang pernah menjadi pesakitnya dua tahun lalu. Perempuan yang bernama Aleeya Tarmizi. Seorang perempuan yang mempunyai masa lalu gelap. Baru saja bebas dari pusat pemulihan kerana ketagihan dadah. Pertemuan tanpa sengaja itu membawa cerita yang panjang diantara mereka. Sehingga nekadnya yang mahu menikahi Nurine Afiya beralih kepada Aleeya Tarmizi. Tetapi dia juga tak mampu menipu hati sendiri bila yang dicintainya bukan sang isteri namun kekasih yang sudah dia sakiti hatinya, Nurine Afiya. Lantas, dengan siapa akhirnya dia memilih bersama? Aleeya atau Nurine? Spinoff Takdir Dinara
5 parts