TAKDIR KITA ... Kasih Alara seorang gadis pemendam yang selalu menghabiskan masanya untuk melukis didalam studio miliknya, Adapun rutin harian lainnya hanya menghabiskan masanya Bersama adik beradik tersayangnya , Kasih Aleeya si kakak sulung dan Kasih Alana si adik bongsu, kematian ibu dan ayah disaat masih terlalu muda memaksa mereka bertiga untuk matang sebelum usianya. Terlalu lama menghabiskan masa didalam studionya akhirnya dia tekad untuk keluar, ya keluar dari zona nyamannya. Tempat yang menjadi tujuannya bukanlah suatu tempat yang dekat dengan tanah kelahirannya namun bak katanya "alang-alang keluar dari zona nyaman kita lalui saja hari-harinya." . Leonal De'Matteo seorang pemuda yang berusaha keras untuk keluar dari sisi gelap keluarganya. Menjadi satu-satunya anak lelaki keluarga De'Matteo memaksanya untuk mengalas segala tanggungjawab penting yang telah dilakukan oleh keluarga De'Matteo sejak berkurun lamanya. Sebut saja nama Keluarga De'Matteo, pasti semua sudah gerun dengannya. Jarang sekali ada yang berani untuk mencari pergaduhan dengan Keluarga De' Matteo. Leo yang tetap dengan keputusannya untuk berhijrah dari negara eropah ke asia itu telah membuatkan dirinya dibenci oleh pemimpin atas keluarganya sendiri iaitu Atoknya sendiri. Perkenalannya Leonal De'Matteo dengan Kasih Alara sudah seperti takdir yang terjalin tanpa mereka sedari. Perkenalan membawah kepada bait cinta. Namun dugaan yang datang dari orang sekeliling yang cuba menciptakan jurang antara mereka berdua. Dapat ka jurang itu tercipta? Pengkhianatan apa yang dilalui oleh mereka berdua? Pilihan yang ada hanya antara diri, takdir dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Sebuah karya milik saya sendiri. Idea asal semua daripada saya dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada. Maaf jika terdapat tatabahasa yang salah ataupun terkurang ajar. Amaran membaca atas risiko sendiri kerana terdapat unsur kekerasan. Sekian dari saya RYNNNLEEAll Rights Reserved