ON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana trauma dengan hubungan tidak baik kedua ibubapanya. Bertemu dengan lelaki seperti Arzen telah mengubah 100% tentang prinsipnya. Dia mula belajar untuk mencintai lelaki yang bergelar suami itu. Arzen. Kehidupannya tidak ubah seperti Jasmine. Mereka berdua kehilangan kedua-dua ibubapa pada usia yang masih muda. Namun dia bernasib baik kerana masih banyak insan yang peduli dengan dirinya. Kerana persamaan itu, Arzen telah jatuh cinta dan melafaz akad untuk menikahi Jasmine. Arzen ingin menjaga dan membahagiakan Jasmine. Sering kali berfikir bahawa kehidupan ini tidak akan kekal abadi. Bila-bila masa sahaja nikmat akan ditarik oleh Yang Maha Esa. Oleh itu, Arzen merancang 30 temu janji untuk mengabadikan kisah cinta mereka, sekaligus sebagai cara untuk merubah perspektif Jasmine untuk percayakan dan merasakan kemanisan cinta. Oh indahnya cinta halal mereka. Tapi ia tidak kekal lama, beberapa tahun selepas itu, ada sesuatu yang menggoyahkan hubungan halal mereka. Dapatkah keduanya menghabiskan 30 temu janji atau mereka membiarkan diri masing-masing dilanda dengan permasalahan itu dan tidak bersatu kembali? "30. Saya dah siap record segalanya. Ini adalah temu janji terakhir kita. Tahniah." - Arzen. "Saya minta maaf, Arzen." - Jasmine. In somnia veritas. In dreams there is truth.