Setiap orang ada jalan cerita kehidupan yang berbeza. Setiap insan adalah unik. Ciptaan Allah yang Maha Esa yang sentiasa penuh dengan liku-liku kehidupan sepanjang berada di dunia ciptaanNya. Buruk baik seseorang hanya Allah sahaja yang Maha mengetahui. Hanya Allah sahaja tempat untuk mengadu segala keluh resah menjalani kehidupan seharian. Yang buruk tidaklah buruk buat selamanya. Dan yang baik tidak semestinya baik selamanya. Tetaplah melangkah walaupon diri adakalanya tidak sekuat yang disangkakan.
More details