Aurelia, seorang gadis berbakat dalam menembak, dibesarkan dalam dunia yang penuh dengan kejahatan. Ayahnya, seorang pemimpin kumpulan gelap yang berkuasa.
Gelaran "Nyoka Princess" atau "Puteri Ular" diberikan padanya sebagai simbol kekuatan.
Namun wajah polos dan manisnya menutupi sifat sebenar dirinya.
Sebagai anak ketua kumpulan gelap, Aurelia bekerja keras di bawah kekuasaan ayahnya, terbiasa dengan cabaran dan situasi berbahaya.
Namun, hidupnya berubah setelah dia bertemu dengan seorang lelaki misteri di sebuah kedai bunga kecil.
Kiff Ar-Darren, atau Darren, seorang sniper handalan, menarik perhatian Aurelia dengan aura ketenangannya.
Hanya dengan satu pandangan, Aurelia merasakan sesuatu yang jarang dia alami-sesuatu yang mengusik perasaannya.
"He's handsome... I will make him mine."
Dia semakin obses dengan Darren, tidak menyedari bahawa lelaki itu sudah lama mengamati dirinya.
Darren bukan hanya seorang sniper yang terlibat dalam dunia gelap, tetapi juga musuh kepada ayah Aurelia dalam persaingan mereka.
Ini menjadikan hubungan mereka penuh bahaya.
"You belong to me, gorgeous,"
Dalam sekelip mata, Aurelia dan Darren terperangkap dalam takdir yang rumit.
Meskipun mereka saling jatuh cinta, mereka berdua harus menghadapi kenyataan bahawa cinta mereka mungkin membawa kepada kehancuran.
Mereka berdua terperangkap dalam permainan yang penuh dengan permainan kuasa dan pengkhianatan.
Mereka terjebak dalam satu hubungan yang penuh dengan risiko dan kebimbangan, tetapi mereka juga tidak dapat menafikan tarikan yang ada di antara mereka.
Aurelia dan Darren akhirnya terperangkap dalam dilema.
Cinta mereka mungkin akan membawa mereka ke dalam kehancuran.
Mereka berdua hanya mampu berpegang pada satu perkara-tiada siapa yang dapat lari daripada takdir yang telah ditentukan.