Sekali Lagi Memiliki
  • Reads 125,598
  • Votes 7,272
  • Parts 69
  • Reads 125,598
  • Votes 7,272
  • Parts 69
Complete, First published Jul 06, 2024
Mature
[ Book 8 ]

Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. 

"Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf

"Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah

Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. 

"Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah

Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? 

Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Sekali Lagi Memiliki to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
[C] BLOODY DANCER by elviracelina
76 parts Complete
BLOODY DANCER membuka tirai. KHAIR QAYYUM Seorang jejaka berusia 31 tahun. Hidupnya sentiasa dikelilingi dengan bahaya hanya untuk melindungi orang lain sehingga hampir mengorbankan nyawa ahli keluarganya sendiri. Berkhidmat sebagai bodyguard di bawah BG EliteGuard Protection. "Saya nak berhenti, tuan. Keluarga saya lebih memerlukan saya." - KHAIR QAYYUM Ketika dia di penghujung mahu hentikan semuanya. Dia diberikan tugasan yang terakhir. Tugasan di mana dia harus melindungi seorang penari para VIP. Dia mahu menolak sekeras-kerasnya kerana dia menganggap melindungi seorang penari adalah satu pencemaran terhadap status kerjayanya. "i'll protect you with all my strength, i give you all i have, all that belong to me" - KHAIR QAYYUM AULIYA ZULAIKHA seorang gadis penari. Namanya sering disebut-sebut oleh orang-orang kaya. Dipanggil dengan gelaran murahan sudah membuatnya lali. Tubuhnya dijamah dengan pandangan bernafsu sudah membuatnya mati hati. Seorang gadis yang tidak dapat disangkal, menyimpan 1001 rahsia disebalik wajah mendungnya. Perempuan misteri yang perlahan-lahan menangkap tarikan seorang jejaka bernama Khair Qayyum. "Mama... kenapa Mama masih busuk walaupun Auliya dah mandikan Mama?" - AULIYA ZULAIKHA "Mama... kenapa ulat ni masih ada dalam mulut Mama walaupun Auliya dah buang?" AULIYA ZULAIKHA Hari demi hari, ancaman datang tanpa diundang. Merapatkan mereka sehingga timbul satu perasaan yang disebut cinta. Namun semuanya tak seindah apa yang mereka harapkan. Hadirnya cinta yang harus dikorbankan kerana kepentingan diri. "Saya seorang yang jijik. Darah saya kotor. Awak tak akan mampu hadap siapa saya." AULIYA ZULAIKHA "Jadi beritahu aku. Beritahu aku setiap titik darah kotor yang mengalir dalam tubuh badan kau tu dan aku akan sucikannya. Kau akan jadi wanita paling mulia di mata aku." KHAIR QAYYUM Rahsia besar yang dia tak pernah duga. Betapa kejamnya wahai manusia. "She's sweet poison that I gladly drink." KHAIR QAYYUM
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇 by syakinah_m
67 parts Complete
Hidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementara waktu atas arahan doktor. Hinggalah saat itu, Erina tak sengaja bertemu dengan seseorang yang senasib dengannya. Han, seorang lelaki yang tak banyak budi bicara dan bersifat dingin. Menyebalkan tapi dalam masa yang sama menarik perhatian Erina. Han sudah setahun ditahan dihospital akibat penyakit saraf otak yang dialaminya. Perlahan memori yang dia ada sebelum ini terkikis dan dilupakan. Amnesia? Mungkin saja. "By the way, can you try remember this name for a long time until you grow up?" - Erina Wardah "What?" - Han "Erina. Erina Wardah" Tak menyangka takdir mempertemukan mereka kembali dilanjut usia. Waktu itu, masing-masing mereka sudah mempunyai kerjaya. Namun, pertemuan mereka kali ini langsung tak pernah disangka-sangka. Kebetulan, terikat dan tak di sengajakan. Erina dihukum menjadi doktor peribadi Han atas kehendak tuan punya badan itu sendiri? Erina cuba menerima. Dan tanpa sedar semakin hari dirinya semakin tertarik dengan aura lelaki dingin bernama Han itu. Namun saat mereka bertemu kembali, masihkah Han yang mempunyai masalah amnesia itu mengingati wanita yang bernama Erina Wardah ? Tahukah dia bahawa Erina Wardah adalah wanita yang pernah muncul di kehidupannya sebelum ini? "Do I know you?" - Han "Maybe yes or maybe no, signore Han - Erina "non cercare di ingannarmi, bella." ********************************************** "I hate you!"-Erina "Did i told you to love me, mariposa?" - Han ********************************************* Namun kisah gelap Han membawa kepada bencana baharu yang telah melibatkan Erina. Dua-dua berada dalam ancaman musuh. Gila! Mampukah mereka menghadapi semuanya bersama? Highest #1 in action Highest #1 in thriller START: 15/10/2021 END: 11/01/2022
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 by MySerraa
61 parts Complete Mature
[ Book 1 ] Tengku Ayden Qaiser, seorang lelaki yang dingin dan mempunyai syarikat sendiri. Wajah yang sentiasa dipamer beku sungguh sukar hendak melihat mesranya tetapi begitu mudah tersenyum apabila melibatkan seorang gadis. Gadis yang sudah lama menambat hatinya. Tambahan lagi, rezeki seperti berpihak kepadanya apabila dia diupah menjadi bodyguard gadis itu. "Selamat pagi Cik Khayra. Saya bodyguard Cik Khayra mulai hari ini." -Tengku Ayden Qaiser Siapa sangka, pertemuan biasa sewaktu alam persekolahan, menghadirkan rasa asing dalam diri. Namun, semakin lama dia mendekati gadis itu, semakin banyak rahsia yang tidak diketahuinya. Andaikan dia tahu gadis itu perlu melalui semua itu, sejak awal lagi akan dia jadikan gadis itu yang teragung di hati. Akan dia bahagiakan Khayra tanpa sedikitpun kesedihan. Khayra Soffeya, seorang gadis yang kasar dan bekerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan selesa berdikari memandangkan dia hanya ada diri sendiri. Datang dari keluarga yang porak peranda dan hidup dalam trauma yang tak dapat dibendung. Sejak kehadiran seorang lelaki yang diupah menjadi bodyguard, dia terasa hidupnya disekat. Dia tak dapat berdikari dan lakukan semua sendiri lagi. Disebabkan itu, dia tidak suka akan kehadiran Ayden. "Aku tak tahu apa niat kau dekati keluarga aku tapi yang pasti aku takkan biarkan kau terlepas. Watch out." -Khayra Soffeya 'You are my one and only intention why I came here.' -Tengku Ayden Qaiser "I'll never give up on you even though you keep pushing me away." -Tengku Ayden Qaiser "Buang je lah niat tu jauh-jauh. Aku bukan perempuan yang patut kau perjuangkan." -Khayra Soffeya 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 2/10/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 16/11/2022 )
It Just Love! [C] by Marleneith
31 parts Complete Mature
2nd Tengku the Series "What you hide in your heart,appears in your eyes"-Imam Ali ________ Hatinya terlalu hancur apabila insan yang telah melahirkan dia, yang paling dia sanjungi dan sayangi berkelakuan sumbang dengan lelaki lain seolah-olah tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Disebabkan kekecewaan tersebut, Tengku Hades Mihran berubah watak. Dalam perjalanan hidup seorang Daisy Qairissa yang ingin mencari rezeki di bandar pula, dia dipertemukan dengan seorang jejaka yang agak misteri. Tidak menyangka pula pertemuan dengan jejaka misteri itu telah mengubah kehidupannya 360 darjah. Mahu tidak mahu, Daisy terima sahaja takdirnya begitu. Mungkin Tuhan sudah mengatur semuanya. "Aku tak suka perempuan yang cakap banyak.Cakap dengan aku bila ada benda penting sahaja"-Hades "Allah bagi mulut untuk saya bercakap.Kalau diam baik jadi bisu"- Daisy Dari awalnya seperti ais di kutub utara, penangan Daisy Qairissa membuatkan Tengku Hades sedikit mencair. Tetapi ada yang masih kukuh, iaitu tembok keegoan. Ego Tengku Hades taknak mengaku kalah. Puas Daisy ketuk, tak runtuh-runtuh juga. "Kau tak penat ke kejar sesuatu yang tak pasti?"-Hana Zinirah Benar juga kata Hana, sampai bila Daisy mahu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Daisy pun berhak hidup bahagia seperti perempuan lain. Patutkah dia terus bersabar atau dia perlu mengundur diri? "Ya lah, saya minta maaf kalau selama seminggu ni saya dah terlalu banyak menyusahkan tengku. Saya tahu saya salah. Saya bebal dan menyusahkan. Saya lembab. Saya isteri tak..."- Daisy "Jangan lari dari aku lagi...."-Hades
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄 by MySerraa
1 part Complete Mature
[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Sering sahaja digelar 'tomboy' oleh orang sekeliling tetapi dia peduli apa... ini hidup dia, dia berhak buat apa sahaja dia mahukan. Itulah prinsip hidup seorang Raysa Amanda. Heriz Zayyan, seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, memiliki kekayaan yang luar biasa, perwatakan dingin dan sombong. Walaupun usia sudah meningkat, tidak pernah terfikir dirinya untuk berkahwin. Baginya, perempuan hanya menyusahkan. Tiada yang boleh menyenangkannya, rumit! Pertemuan antara Raysa dan Heriz yang tidak dirancang membuatkan gadis itu mula menaruh hati. Sifat Heriz yang protective dan caring sentiasa memberinya harapan untuk memiliki lelaki itu. Namun... Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya... Hati yang berbunga indah untuk lelaki itu mula layu apabila Heriz menaruh hati pada sahabat baiknya, Aleeya Qistina. "Eh, aku rasalah kan aku dah jatuh cintalah, Raysa." -Heriz Zayyan Terus terkubur harapan yang menggunung, hati yang sentiasa berkembang mekar untuk lelaki itu mula mati sedikit demi sedikit dihenyak kenyataan. Mampukah Raysa Amanda menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai tidak mampu dimiliki? Highest ranking no. 1 in sad romance ( 28/9/2022 ) Highest ranking no. 1 in sad ( 6/10/2022 ) Highest ranking no. 1 in broken ( 29/10/2022 )
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 by MySerraa
73 parts Complete Mature
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? 🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐢𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 ( 14/12/2022 ) 🥈 Highest ranking no. 2 in 𝐛𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 ( 24/7/2023 ) 🥉 Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞
Tepat Memiliki  by MySerraa
41 parts Ongoing Mature
Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
76 parts Complete
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
[C] Cinta Berakhir Bahagia by the_areumi
71 parts Complete
Agency Series (3) Siapa sangka, kekasih hati yang hilang tanpa jejak, tiba-tiba muncul semula, mengganggu hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali, tapi kali ini sebagai bakal suami kepada sepupunya. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan disusun dengan penuh teliti. Helena mahu Eden merasai kepedihan yang sama, ditinggalkan tanpa sebab yang jelas. Tambahan pula, hati kecilnya sakit melihat Eden bahagia bersama sepupunya, sedangkan dia? Terperangkap dalam bayangan kenangan yang tak pernah selesai. "It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena "It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin Pelan yang disangka sempurna, akhirnya mulai runtuh. Hidup Helena, yang selama ini bagaikan seorang puteri, kini berubah sepenuhnya, 180 darjah ke arah yang tak pernah dia duga. "Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena "Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin Takdir mengikat mereka dengan cara yang tak terduga. Seorang perempuan, yang masih dihantui dengan kenangan cinta yang belum padam, dipaksa hidup bersama lelaki yang pernah meninggalkan luka dalam hatinya. Highest rankings: #1 novelmelayu #1 fiksyen #1 agency #1 drama #1 misteri #1 dendam #1 revenge #1 romance #1 kahwin #1 mystery
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL by Yasmyns_Dahlia
50 parts Ongoing
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24
You may also like
Slide 1 of 20
Purrfect Match | [C] cover
[C] BLOODY DANCER cover
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 �𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇 cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐈𝐃𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐄𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆𝐒 cover
It Just Love! [C] cover
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak cover
𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄 cover
MIKAEL'S : His Everlasting Love (COMPLETED) cover
𝐁𝐀𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 cover
ALTAF'S SAVIOUR cover
The Revival of Love (Completed) cover
[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! cover
𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍𝐍𝐘𝐀 cover
CRUEL DESTINY | OG cover
Bukan Sekadar Cinta  cover
𝐎𝐔𝐑 𝐖𝐑𝐈𝐓𝐓𝐄𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐓𝐈𝐍𝐘 cover
Tepat Memiliki  cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
[C] Cinta Berakhir Bahagia cover
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL cover

Purrfect Match | [C]

67 parts Complete Mature

Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs