Tengku Dean Arian x Eryna Natasya Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Sara Inara termasuk dalam Novel yang pernah dia baca yang bertajuk Princess Rania Amelia selepas kemalangan. Tetapi Sara ini hanya menjadi watak sampingan yang bernama Eryna Natasya dan tak lama lagi watak ini akan mati. Sara ingin mengubah jalan cerita Novel ini supaya Eryna tidak mati. Dan dia sangka bahawa musuh ketatnya di dalam Novel ini yang membunuhnya. Jadi, dia mahu jauhkan dirinya dari musuh ketatnya itu. Tetapi, apakan daya dia perlu berkahwin dengan Musuh ketatnya itu. Dengan tidak disangka-sangka, dalam diam musuh ketatnya itu jatuh cinta dengan Eryna. "I love you, Eryna." - Dean Arian - "I love you too, Dean." - Eryna Natasya - Eryna juga telah jatuh cinta dengan musuh ketatnya setelah beberapa bulan berkahwin. Tetapi dia sedar, bahawa Dean hanyalah watak di dalam Novel. Dia tidak wujud. "Sebenarnya saya bukan dari dunia ni." - Eryna Natasya - Apa yang terjadi kepada watak utama dalam Novel tersebut? Adakah Eryna akan terperangkap di dunia itu sahaja? Maaflah saya tak pandai buat caption :) Cerita ini daripada idea saya dan kawan saya. Kalau rasa cerita ni cringe lebih baik jangan tengok. Saya buat cerita ni untuk seronok2 jee. Jadi kalau ada kesalahan dalam tatabahasa, penulisan dan ejaan maaf la yerr.