Dalam mencari erti kehidupan, Maya mendapati dirinya tersesat di satu alam yang tidak dapat dikenal pasti. Dunianya berputar 180 darjah. Dia harus mencari jalan pulang, kerjayanya baru sahaja bermula dan dia tidak mahu melepaskan peluang di dunia yang mendambakan wang dan harta. Di abad ke-16, nama Nakhoda Awang tidak asing dari dunia perkapalan. Namanya sahaja boleh menggerunkan lanun - lanun yang mahu menguasai Lautan Greenish. Azam Nakhoda Awang hanyalah satu. Mahukan ketenangan lautan terjaga. Ditakdirkan Nakhoda Awang insan terpilih menyelamatkan Maya yang terdampar di sebuah pulau tanpa nama. Nakhoda Awang berusaha membantu Maya pulang ke dunianya namun hatinya tidak mampu berbohong ketenangan yang dirasai sepanjang bersama Maya. Dua dunia, dua insan, satu pengembaraan.All Rights Reserved
1 part