4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL
  • Reads 36,062
  • Votes 3,544
  • Parts 26
  • Reads 36,062
  • Votes 3,544
  • Parts 26
Ongoing, First published Jul 08, 2024
2 new parts
*Previously known as HIS POSSESSION*

Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri.

"Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan."  - Seroja

Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. 

"Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti."  - Irwan 

Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. 

"Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?"  - Seroja

Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. 

"Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya."  - Zariel 

Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. 

"My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris."  - Zariel  

Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. 

Start : 19/8/24
All Rights Reserved
Sign up to add 4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL to your library and receive updates
or
#1duit
Content Guidelines
You may also like
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG] by owlrin_
27 parts Ongoing
SIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodohnya sampai awal Airis tidak menolaknya dan akan pertimbangkan. Tengku Aisy Daiyan merupakan seorang duda hot dan digilai ramai perempuan dari pelbagai golongan sama ada anak dara, janda, mahupun isteri orang. Aisy tidak layan semua perempuan yang menggedik dan laparkan perhatian serta membenci kaum wanita kerana masa silamnya bersama bekas isterinya. Malah dia menutup pintu hatinya untuk semua kaum wanita dan dia berubah menjadi seorang yang beku, tegas, garang, suka menyendiri dan tiada lagi seorang Aisy yang baik, peramah, dan ceria. Baginya semua perempuan mahu dekat dan ingin mengenalinya mahukan kemewahan sahaja. Namun, dengan kehadiran Airis telah menyebabkan dia rasa perubahan pada dirinya yang dulunya bahagia, ceria seperti sebelum berkahwin dan dikecewakan oleh bekas isterinya. Mereka berkahwin atas permintaan Ibubapa mereka namun tidak bagi Aisy kerana dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan Airis Amani. Airis cuba menerima takdir dan dia mula jatuh sayang dan cinta pada suaminya. Disaat mengecapi bahagia dugaan demi dugaan datang untuk menguji mereka. Kepercayaan dan hubungan dua hala adalah kunci kebahagiaan di dalam rumah tangga. I love you my precious Amani, I know you are not the first but I want you be the last in my life -Aisy Daiyan I love you my hot husband, saya harap awak adalah yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya -Airis Amani
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) by msroses_
41 parts Complete
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
3|| ECEY III: First Love ©️ [UNEDITED]  by snakestarget
66 parts Complete
"You play the game, and I'll determine if you score." {Under 'ECEY' series × third story} ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationship. I do not tolerate bad reviews. Thankyou! Pasangan kekasih yang berpisah suatu ketika dahulu kembali bertemu apabila para sahabat mereka ingin melakukan reunion. Si lelaki tetap dengan perangai playboy nya, manakala si perempuan sudah nekad untuk berubah. Takdir menentukan mereka sebagai CEO dan Secretary. "Sakitlah! Kau pahal hempuk kepala aku pakai file?! Kau tu pembantu aku tahu tak?!" - LUTH ZAQUAN "Kau yang baling bingkai kaca dekat aku dulu! Berdarah tau tak tangan ni! Kalau jatuh hantaran aku, kau nak tanggung?!" - AISHLYN DAYANA Buku bertemu ruas. Kedua-duanya sama baran, sama-sama blackbelt, sama-sama manipulative. Mereka bahagia. Sehinggalah Aishlyn membalas dendam kepada Zaquan kerana lelaki itu memalukannya suatu ketika dahulu. Dia bertindak merampas lelaki itu daripada si pasangan! "Kau tak pernah suka aku? Selama ni apa, Aishlyn?! Aku tinggalkan Lily demi kau!" - LUTH ZAQUAN "I just wanna have some fun, with you." - AISHLYN DAYANA Bagaimanakah pengakhiran mereka nanti? ⚠️Typos everywhere. Bad grammar alert. Kindly remove this if you don't like it. A little bit cringe, disturbing story. I've already warned you TWICE! 🔞🔞🔞 Saya letak classification ni supaya budak-budak yang belum boleh beza mana baik dan mana buruk tidak baca cerita ni. Bukan ada scene 18+ ka apa bukan, cuma scene yang akan merosakkan otak kamu. There's a LOTS of ABUSING SCENE. Pls don't read it if you're not matured enough.
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 by missdiraa
64 parts Complete
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose. Tidak mahu menumpang kebahagiaan dalam penderitaan orang lain. Wanita itu hanya berserah kepada Nya. Kebahagiaannya kin terletak pada seorang insan yang kecil hadir menerbitkan jiwa seorang ibu. Haqqim. Nama yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya. "Kau nak keluar dari rumah ni?" - MUHAMMAD ZAYRAN "Saya taknak." - NUREEN RAUDHAH "Kenapa taknak. Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas." - MUHAMMAD ZAYRAN "Saya taknak anak saya dihina." - NUREEN RAUDHAH Muhammad Zayran, siapa tidak kenal lelaki yang tampan dan kaya. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Namun, pertemuan mereka tidaklah seindah mana. Zayran memandangnya begitu hina. "Kahwin dengan aku. Then, keluar daripada Ainul Sumayyah." - MUHAMMAD ZAYRAN "Kenapa Tuan beria sangat minta saya keluar daripada sini? Hina sangatkah saya sampai Tuan taknak tengok muka saya?" - NUREEN RAUDHAH "Aku tak pernah kata kau hina. Aku cuma kesiankan Rose, selagi kau ada di sini... Rose takkan berhenti tolong kau, kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ni." - MUHAMMAD ZAYRAN ⚠️ No Plagiarism Allowed!
THE ZYAD  by Riminalee
14 parts Ongoing
Qaseh Timira. Anggun bagaikan bulan purnama. Cantik bagaikan bidadari. Namun, jiwanya kosong mencari jalan hidup sendiri. Apabila disatukan dengan lelaki itu, dia rasakan tak ubah seperti wanita yang merampas kekasih orang lain. Perih rasakan melihat suami sendiri bermesraan dengan wanita lain. Lantas, mengapa dia dijadikan isteri? Zyad Arjuna. Gagah perkasa membawa nama di persada dunia. Memegang jawatan utama dalam syarikat Merelyn Empire II, membuatkan ramai tunduk akannya. Disatukan dengan wanita itu? Oh itu bukan kehendaknya, malah tak pernah terfikir untuk disatukan bersama si dia. Apa yang difikirkan hanyalah satu, mencari musuh yang mahu menjatuhkannya. "I bagi masa sebulan, kalau hubungan ni takde perubahan, you kena ceraikan I." -Qaseh Timira Bermula lah pelbagai strategi Zyad Arjuna untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Mulut kata benci namun, entah mengapa dia tak rela mahu melepaskan isterinya itu. Sangkanya, apa yang dia lakukan terhadap Qaseh Timira sudah memadai. Tetapi lain pula jadinya bila Dayana Raffaello hadir dan menghancurkan segalanya. "Aku tak kuat, Qaseh. Tolong bagi aku satu lagi peluang. Aku akan cari siapa dalangnya." -Zyad Arjuna Mengapa dalam berbilion manusia di bumi ini, dia yang perlu menerima takdir seberat ini? Tidak, dia tak rela melepaskan wanita itu pergi. "Itu bukan plan I, but it's okey. I tetap akan dapat Jun." -Dayana Raffaello "Aku bukan perempuan lemah, Dayana. Congratulations, sebab kutip sampah aku tu. And for that, I wish you goodluck." -Qaseh Timira
You may also like
Slide 1 of 20
Aisy Daiyan: Duda Hot [OG] cover
Seindah 365 Hari (OG) cover
[BOOK 2] AMIRUL KHAIRIN ||© cover
HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) cover
FIELD OF LOVE  [C] cover
Kerana Dendam [C] cover
Fake Love cover
Contract Marriage: Meine Liebe cover
3|| ECEY III: First Love ©️ [UNEDITED]  cover
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬 cover
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢 cover
[BOOK 3] THE PROLOGUE ||© cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
Duri di antara kita | OG cover
Leo's Addiction  | Completed  cover
Mrs.Kelvin Adyan[C] cover
THE ZYAD  cover
Cinta Yang Dipaksa cover
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓  cover
TERLUKA MENCINTAIMU [Tengku Khairan's Kristal V2] OG cover

Aisy Daiyan: Duda Hot [OG]

27 parts Ongoing

SIPNOPSIS Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodohnya sampai awal Airis tidak menolaknya dan akan pertimbangkan. Tengku Aisy Daiyan merupakan seorang duda hot dan digilai ramai perempuan dari pelbagai golongan sama ada anak dara, janda, mahupun isteri orang. Aisy tidak layan semua perempuan yang menggedik dan laparkan perhatian serta membenci kaum wanita kerana masa silamnya bersama bekas isterinya. Malah dia menutup pintu hatinya untuk semua kaum wanita dan dia berubah menjadi seorang yang beku, tegas, garang, suka menyendiri dan tiada lagi seorang Aisy yang baik, peramah, dan ceria. Baginya semua perempuan mahu dekat dan ingin mengenalinya mahukan kemewahan sahaja. Namun, dengan kehadiran Airis telah menyebabkan dia rasa perubahan pada dirinya yang dulunya bahagia, ceria seperti sebelum berkahwin dan dikecewakan oleh bekas isterinya. Mereka berkahwin atas permintaan Ibubapa mereka namun tidak bagi Aisy kerana dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan Airis Amani. Airis cuba menerima takdir dan dia mula jatuh sayang dan cinta pada suaminya. Disaat mengecapi bahagia dugaan demi dugaan datang untuk menguji mereka. Kepercayaan dan hubungan dua hala adalah kunci kebahagiaan di dalam rumah tangga. I love you my precious Amani, I know you are not the first but I want you be the last in my life -Aisy Daiyan I love you my hot husband, saya harap awak adalah yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya -Airis Amani