We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
PURNAMA

PURNAMA

  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jul 14, 2024
WpInfo
Fiction
Action and Thriller
Kesultanan Mahardika merupakan sebuah kesultanan yang masyhur di Nusantara ini. Pelabuhannya yang besar menarik perhatian para pedagang untuk berdagang dan berjual beli di situ. Bukan itu sahaja, kesultanan ini melahirkan pahlawan yang gagah berani untuk melindungi seluruh rakyat dan kesultanan. Rakyatnya taat kepada perintah sultan yang memerintah. Sultan Kesultanan Mahardika mempunyai jiwa rakyat dan disebabkan sikapnya yang peramah dan prihatin itu, rakyat baginda amat bersyukur kerana mendapat seorang pemerintah yang bersikap baik. Namun, pada suatu hari, pelabuhan Kesultanan Mahardika diserang oleh kerajaan sebelah, iaitu Kerajaan Sri Wiramahkota. Kerajaan itu ingin merampas pelabuhan kesultanan ini disebabkan kemasyhuran yang ada di pelabuhan itu. Para rakyat di Kesultanan Mahardika mulai cemas melihat anak panah yang menyerang mereka di pelabuhan itu. Ada yang cedera parah dan ada yang sudah maut dipanah oleh para pahlawan Kerajaan Sri Wiramahkota. Sultan Mustafa Bayezid Al-Aziz harus memikirkan strategi untuk menyerang semula kerajaan itu dengan bantuan pahlawan terlatih. Namun, ada sesuatu yang menghalang mereka untuk menyerang. Pahlawan mereka tidak cukup dibandingkan dengan pahlawan dari Kerajaan Sri Wiramahkota. Persoalannya, apakah tindakan baginda sultan? Adakah baginda akan memberi sahaja pelabuhan itu?
All Rights Reserved
#15
malayfiction
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • TAWANAN YANG DISEKSA (Complete)
  • Zafran: Panglima Dua Zaman
  • Rahsia Keturunan 2- Darkhunt (C)
  • Taman Rahsia Khadijah
  • HIS MAFIA SIDE [C]
  • 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐒𝐜𝐡𝐚𝐭𝐳
  • Young Genius (Bahasa Melayu)

Kisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklumat berkenaan senjata rahsia yang sedang dibina oleh kerajaan Malaysia. Qarizh diseksa oleh Koishi dan Akashi. Namun Koishi ada sebab lain mengapa dia mahukan Qarizh. Setelah mendapati bahawa Qarizh merupakan anak kepada wanita yang pernah dia kahwini dulu, dia dapat merasakan bahawa Qarizh juga merupakan anaknya. Koishi melakukan ujian DNA untuk memastikan bahawa tekaannya benar. Setelah mendapat tahu bahawa Qarizh ialah anaknya, sifat Koishi terus berubah. Akashi menjadi lebih ganas, dia menyeksa Qarizh tanpa pengetahuan Koishi. Darah Qarizh dijadikan sebahagian daripada bahan eksperimen Akashi. Akashi mengugut Koishi sekiranya dia membantah arahannya, Qarizh yang akan menerima akibatnya. Qarizh juga diseksa dengan kejam oleh Akashi sehingga Qarizh sudah tidak bermaya. Koishi risau dengan keadaan Qarizh namun Akashi susah untuk dihentikan. Akashi telah mengugut Koishi untuk kali kedua, yang menyebabkan Koishi terpaksa menelefon abangnya Kaishi yang bertugas di Kelantan. Kaishi tiba di pangkalan tersebut dan membantu Akashi setiap kali Akashi ingin menyeksa Qarizh. Koishi tidak dapat membantu Qarizh kerana dia juga ada kalanya diseksa oleh Kaishi sendiri. Koishi ditangkap lalu diheret ke pejabat Akashi dan dikurung di sana begitu juga dengan Qarizh. Qarizh dirantai manakala Koishi diseksa. Beberapa hari selepas itu, Eksperimen Killer Blood dijalankan terhadap Qarizh oleh Akashi. Pada hari yang sama, Tentera Malaysia telah menyerbu pangkalan tentera Jepun. Adakah Qarizh mampu bertahan daripada seksaan yang diberikan kepadanya atau sebaliknya?

More details
WpActionLinkContent Guidelines