SEMPURNA | TERBIT
  • Reads 60
  • Votes 0
  • Parts 5
  • Reads 60
  • Votes 0
  • Parts 5
Ongoing, First published Jul 14, 2024
Bagi Nura Aulia, dia tak sempurna. Disebabkan satu tragedi, dia disahkan lumpuh.

Dia tetap teruskan hidup demi keluarganya. Kisah silam membuatkan Nura tekad tidak mahu mendirikan rumah tangga.

Kehadiran kawan baik abangnya, Nuhail membuatkan Nura pelik dengan tingkah laku lelaki itu. 

Dingin. 

Beku. 

Nura gelarkan dia peti sejuk. Tapi bila Nura dalam kesusahan, Nuhail selalu membantunya. Namun hal itu tidak membuatkan Nura melanggar prinsipnya.

"Saya tak selesa dengan awak."-Nura

"Kenapa? Sebab kita tak kenal?"- Nuhail

"Sebab awak lelaki dan tak ada kepentingan pun kita kenal dan saling rapat."- Nura

Nura yakin dia tak akan jatuh cinta. Namun lama kelamaan, hubungan mereka semakin rapat.

"Awak sakit, saya datang. Awak tak tahu ke saya penawarnya?"-Nuhail

Bagi Nura, Nuhail itu sempurna. Sikapnya yang prihatin, mulutnya yang manis. Dalam diam dia mahu Nuhail menjadi untuknya. 

Dan doanya termakbul saat Nuhail luahkan perasaan dan melamarnya. Hati wanita mana tidak berbunga saat lelaki sempurna seperti Nuhail mahu jadikan dia sebagai isteri.

Ujian demi ujian Nura lalui sehinggalah dia sah menjadi isteri Nuhail. Dia bahagia sehingga dia terlupa ujian itu masih ada untuknya. 

Kemunculan Irina membongkar rahsia yang besar. Nura tak mampu terima lalu dia nekad
meninggalkan Nuhail.

Sempurnakah kisah mereka jika hubungan mereka terlerai? 

Berjayakah Nuhail menyakinkan Nura yang dia ingin hidup di sisi wanita itu walaupun tak sempurna?
All Rights Reserved
Sign up to add SEMPURNA | TERBIT to your library and receive updates
or
#107lelaki
Content Guidelines
You may also like
FIGHT FOR LOVE by leesophielia
28 parts Ongoing
"What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" - RIFFAT HAMRI Hanya dengan satu permintaan daripada si bapa, hidup Yasmeen terumbang-ambing. Seperti bidan terjun. Itulah gambaran paling tepat bagi seorang Yasmeen Sira. Diminta untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai jurulatih tinju, bukanlah sesuatu yang diimpikannya! Riffat Hamri. Sebaris nama yang bersinar terang dalam dunia tinju, diangkat, diidolakan, dan dipuja oleh ribuan pengikut yang tak terhitung. Namun di sebalik segala kejayaan dan kemasyhuran, ada satu perkara yang jelas hilang darinya; adab. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI Bagi Yasmeen, wang adalah segalanya. Nama RCA, kejayaan atau kegagalan RCA, bukanlah soal yang membelenggu fikirannya. Namun, ada satu misi yang jauh lebih penting buatnya, iaitu untuk menundukkan ego besar seorang Riffat Hamri yang penuh kesombongan. "Seiring berlalunya waktu, nanti awak akan sedar... awak akan berterima kasih atas segala yang saya lakukan." -YASMEEN SIRA Benar. Seiring waktu yang terus berlalu, kebencian yang membara dalam diri Riffat mula luntur sedikit demi sedikit. Namun, di sebalik itu, ada sesuatu yang baru muncul, perasaan yang menggelora, datang entah dari mana, yang mengubah segalanya. Pelbagai onak dan duri, terpaksa mereka harungi bersama, hanya dalam tempoh dua bulan yang penuh cabaran. Namun, di sebalik setiap rintangan yang mencabar, benih cinta yang tak terjangka mula tumbuh. Adakah Yasmeen akan terus bertahan, menentang segala halangan yang datang, atau apakah dia akan memilih untuk melepaskan segala-galanya, mengakhiri perjalanan ini selepas tamatnya tempoh yang diberikan. Bertahan atau melepaskan? "Then let me make a new deal. Stay. Stay for me..."
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
71 parts Complete
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 10
LOVE & YOU cover
HAYKAEL : HER CROWN cover
CRUEL DESTINY | OG cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Bukan Aku Tak Cinta cover
HIS : KAYLA JASMEEN cover
FIGHT FOR LOVE cover
UNKNOWN [COMPLETE] cover
Dia, Zayn Raffael cover
ARYAN ANNISA [C] cover

LOVE & YOU

21 parts Ongoing

Cerita pendek, manis, ringan dan santai untuk bulan Ramadan kamu.