Prolog: Syafiq Iman Izzuddin telah melalui banyak lika-liku kehidupan. Ditinggalkan oleh kedua orang tuanya sejak kecil, Syafiq tumbuh menjadi seorang pemuda yang kuat dan tegar. Namun di balik kesedihan masa lalunya, Syafiq menemukan secercah cahaya dalam diri Nurul Dahlia Rizal, seorang gadis cantik yang ditemuinya ketika berniaga di jualan garaj di universitinya. Dahlia adalah seorang gadis cantik kelahiran Johor yang berhijrah ke Selangor untuk menyambung pengajian sarjana muda perkomputeran. Suatu pagi, mereka bertembung ketika Dahlia sedang mencari barangan terpakai di jualan garaj universiti. Di situlah bermula perkenalan mereka. Syafiq sangat menyukai Dahlia, namun ragu untuk menyatakan perasaannya, takut jika akan mengganggu pengajian dan memberikan harapan palsu. Sementara itu, Dahlia juga diam-diam menyimpan perasaan yang sama. Namun kerana keadaannya dan masa lalunya yang sering dikecewakan oleh lelaki dan terpaksa menjadi tulang belakang keluarganya, dia memilih untuk menyimpan perasaannya juga. Setelah beberapa lama, akhirnya Syafiq memberanikan diri mengungkapkan rasa. Hubungan mereka pun semakin rapat dan berubah menjadi sepasang kekasih yang bahagia. Sayangnya, perjalanan cinta mereka tidak semudah yang dibayangkan. Syafiq tiba-tiba mengundurkan dirinya kerana dia takut tidak mampu membahagiakan Dahlia. Dia takut akan dirinya sendiri. Dia tidak yakin dengan dirinya. Akankah Syafiq dan Dahlia dapat mengatasi cabaran yang menghadang? Adakah mereka akan tetap bersama atau terpaksa berpisah? Kisah cinta mereka menyimpan banyak kejutan yang tidak terduga.All Rights Reserved