"You're mine, your highness. Only mine. All right reserved."
"Tell them you want to cancel this damn marriage, Azalea!"
TENGKU FARREL ADRIAN, COO Intellivision, mempunyai IQ setinggi 150, terkenal dengan kehebatannya merangkul anugerah inovasi dan teknologi, telah mencapai tahap kejatuhannya saat dia telah ditangkap basah bersama musuh ketatnya sendiri di sebuah hotel.
AZALEA LEE, gadis berkacukan Korea, COO Technologent Inc., salah seorang penggodam beretika terhebat di Malaysia sekaligus menjadi role model dalam bidang Cybersecurity, merupakan musuh abadi Encik Tengku, diheret dalam satu tuduhan yang mencemarkan namanya.
Bezanya mereka berdua, Farrel membenci, tetapi Azalea mengagumi. Disebabkan sikapnya itu, Farrel mula mencurigai. Jangan-jangan tuduhan itu dirancang sepenuhnya oleh Azalea!
"I... f*cking hate you, Azalea."
"Careful, your highness. Sometimes a heart full of hate can become a heart full of love."
Nak tak nak, suka tak suka, Farrel perlu patuh apabila ayahanda dan bondanya sudah campur tangan. Berita skandal itu tersebar luas sekaligus memberi kerugian besar bagi kedua-dua syarikat.
Perkahwinan tetap diteruskan.
Farrel lakukan berbagai-bagai cara untuk melarikan diri daripada Azalea. Sanggup memburukkan diri sendiri, semata-mata mahu gadis itu menolak perkahwinan ini namun apakan daya, makin dia melawan, makin Azalea tertawan!
Akhirnya, hati Farrel mula terbuka untuk menerima Azalea dalam hidupnya. Tetapi, untuk sepenuhnya menerima, dia perlukan masa. Dia menambah luka Azalea, tanpa mengetahui gadis itu juga sarat dengan derita di sebalik senyumannya.
Dua jiwa, dua hati, satu destinasi. Apa sebenarnya yang membuatkan Azalea begitu? Mampukah Azalea dan Farrel mempertahankan perkahwinan mereka sekiranya terlampau banyak halangan yang menimpa?
Once upon a marriage...
STATUS: COMING SOON
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah
"Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann.
Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi.
Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat.
"Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn.
Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada.
"Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana.
Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata.
Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?