We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
KONSPIRASI ADIKARYA

KONSPIRASI ADIKARYA

  • WpView
    Reads 23
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jul 16, 2024
WpInfo
Fiction
Mystery
Cerita bermula dengan fokus utama pada manuskrip yang telah pun berada dalam tangan pihak pakar bidang arkeologi dan sejarah. Pada masa sama, sub-plot ditimbulkan melalui kematian misteri watak yang diperkenalkan di prolog. Ia akan berkait antara satu sama lain pada pertengahan cerita. Demi mencari adikarya sekuel, muncul watak utama Adi Zuhri yang ditawarkan mendapatkan servisnya untuk memancing penyimpan adikarya sekuel. Pembaca juga akan diheret dengan krisis identiti yang ditimbulkan oleh watak utama kedua, Hazel Harith yang harus melunaskan permintaan almahumah ibunya, Rose menerusi wasiat dengan bantuan penjaganya, Sharliz Aziz. Penemuan lukisan maze di sebuah galeri pemilik Troy Tatcher menimbulkan banyak persoalan pada Hazel kerana ia berkait dengan lukisan milik ibunya. Hazel tertanya-tanya apakah perkaitan antara ibunya dengan Troy. Sepanjang hayat ibunya, Hazel tidak pernah berpeluang mengetahui asal-usul ibunya. Hazel juga tertekan dengan layanan dingin daripada bapa kandungnya sendiri, Prof Harith. Bibit-bibit cinta akan menyatukan hati Hazel dan Troy yang berlainan pegangan agama dan bangsa. Sekaligus memberi peluang pada Hazel untuk memantapkan pendiriannya sendiri dalam usaha mengenal diri dalam fasa krisis identiti yang dialami. Pada masa yang sama, manuskrip langka, separuh dwiadikarya yang sedang diterjemah itu menimbulkan keraguan pada petugas di bawah seliaan Dr Esfahan. Salman dan Chong berpakat untuk berdepan dengan Dr Esfahan agar berkata benar kerana gerak-geri penyelia mereka dan pembantunya, Jelita amat mencurigakan.
All Rights Reserved
#34
historical
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • CERITERA HATI ZUHAIR
  • Heks-Kalibur ~ Que Sera Sera [Published]
  • Twisted Truth | OG
  • Lelaki ALFA [complete]
  • Darlingku Minah Angau
  • BAYANG DALAM JIWA
  • Dia Akhiri Takdirku
  • Berikan Aku Bahagia[UnEdit]
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka

Ahmad Zuhair hidupnya hanya untuk sang pencipta. Tiada tujuan lain dalam hidupnya selain mengimpikan syurga. Hidupnya hanya ditemani dengan Al-Quran yang sentiasa menjadi peneman hidupnya sepanjang masa. Namun hidupnya sebagai anak sudah tentulah dia perlu taat pada kehendak kedua-dua orang tuanya. Tanpa kerelaan di hatinya Zuhair terpaksa mengabdikan dirinya di Anjakan Paradigma. Satu syarikat yang diusahakan oleh Datuk Zahari, papanya sendiri. Dikerah, diugut sepanjang hidup oleh papanya sekiranya menolak pelawaan itu. Zuhair tiada pilihan lain, dia terpaksa meninggalkan Maahad Tahfiz Darul Taqwa yang diusahakannya untuk ke Anjakan Paradigma. Namun semua itu hanya seketika kerana dirinya dikhianati oleh darah dagingnya sendiri. Zuhair kecewa! Setiap manusia telah dikurniakan rasa cinta. Zuhair juga tidak pernah terlepas dengan perasaan yang menjadi lumrah hidup setiap insan. Wanita yang telah mengkhianati dirinya telah membuatnya jatuh cinta. Zuhair tak mampu menolak rasa itu. Dia terus menyatakan hasrat hatinya untuk memperisterikan gadis yang amat dibenci selama ini. Kuasa Allah, tiada sesiapa mampu menolaknya. Nurul Nadia akhirnya menjadi isterinya yang sah. Hidupnya bersama Nadia diulit bahagia. Zuhair cuba untuk mengubah isterinya menjadi seorang wanita solehah. Dia bersyukur seadanya apabila Nadia sanggup mengubah dirinya semata-mata untuk mentaati perintah Allah dan suaminya. Satu hari segalanya terbongkar sesuatu rahsia yang tak pernah Zuhair jangkakan. Pertemuan satu gambar yang disimpannya menjadi penyatuan keluarga isterinya. Namun dugaan tetap datang apabila adik iparnya tidak mahu terima keluarga kandungnya semula. Zuhair cuba membantu agar Salman terima keluarganya dengan hati yang terbuka. Namun kekerasan jiwa remajanya membuatkan rancangan Zuhair gagal. Dapatkah Zuhair untuk menyatukan semula keluarga isterinya? Ataupun Salman pergi untuk sekali lagi kerana kemahuannya? Nadia pasrah. Zuhair terduduk kecewa.

More details
WpActionLinkContent Guidelines