14 parts Ongoing Alya tidak pernah menyangka bahawa perkahwinannya dengan Zaydan bukan sekadar perjanjian yang berakad tanpa cinta. Semuanya bermula kerana restu ibunya sang suami yang tidak mampu dibantah. Namun belum sempat kebahagiaan itu tercipta, satu rahsia yang selama ini yang disembunyikan Zaydan terbongkar.
Dunia Alya seakan-akan runtuh. Dia tinggal di rumah yang sama, hidup dalam perkahwinan yang kelihatan sempurna tetapi hatinya tetap sunyi dan tak diakui. Setiap hari menjadi ujian, redha menjadi teman setianya, dan doa menjadi pelipur laranya.
Bertahun-tahun kemudian selepas kepergian isteri pertama, barulah Zaydan mula melihat Alya dengan cara yang berbeza. Hatinya terbuka, cintanya perlahan-lahan tumbuh,m dan Alya akhirnya merasakan kehadirannya dihargai. Namun, adakah masa yang hilang mampu dipulihkan? Adakah redha dan cinta benar-benar tertulis untuk mereka?
"Tertulis Untuk Kita" adalah kisah tentang penantian dan takdir yang akhirnya menyatukan hati, mengingatkan bahawa cinta yang datang lambat seringkali paling tulus.