PERMULAAN KISAH KITA (EBOOK ONESHOT) UNDER SG PUBLICATION Kisah mengenai dua sahabat yang memiliki perasaan yang sama namun lebih memilih untuk memendamkannya terlebih dahulu kerana bagi mereka ini bukanlah waktu yang sesuai. Ini adalah masa untuk mengejar impian masing-masing terlebih dahulu. "Masa kami masih muda, perlu ada banyak lagi benda yang patut kami harungi. Lagipun maksiat itu penghalang usaha. Pintu rezeki pun akan terhalang dengan dosa yang kita buat." Suka sama suka tetapi apakan daya perasaan itu hanya mampu bicarakan di dalam doa saja. "Jangan risaulah aku tak akan pernah tinggalkan kau. Walaupun kita akan berjauhan sekalipun tapi bibir aku akan sentiasa meniti nama kau dalam doa aku." 'Bagi aku ini bukan perpisahan buat kita. Tapi permulaan unutk kita,' ujarnya lembut seakan memujuk. Benar, ini bukan pengakhirannya tetapi ini adalah permulaannya. Permulaan kisah kita bersama.