Perkahwinan secara rahsia yang berlaku di antara Tuan Zairan dan Zahra. Benarkah rasa cinta di antara mereka tak pernah wujud? Kalau benar, mengapa dirinya tidak dilepaskan sahaja? Dia adalah seorang isteri tetapi tidak dianggap. Angkuh mulut Tuan Zairan saat dia berkata yang dia tidak memerlukan wanita di dalam hidupnya, namun ketika dia rapuh, siapa yang dicari kalau bukan isterinya sendiri? Seego-ego dia, dia tetap gigih mencari perhatian daripada Zahra sehinggakan insan-insan di sekeliling curiga dan mula menganggap bahawa Zahra adalah seorang wanita simpanan milik Tuan Zairan. Hakikat, Zahra adalah seorang isteri. Dia bukan wanita simpanan.