ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA
Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi.
3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan.
Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain.
Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu.
3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka.
Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat.
Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain.
Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui.
Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi