"Sufie isteri terbaik abang. Abang takkan pernah menduakan ataupun mengkhianati Sufie. Anak bukan keutamaan Cukuplah Sufie ada dengan abang. Sufie perempuan pilihan abang."
Itu janjinya, untuk sehidup semati. Namun, pada tahun kelima anniversary mereka, Affan mengkhianati cintanya sekali gus menghancur lumatkan perasaannya. Di hari bahagia meraka, Affan hadiahkan anak hasil hubungan dia dengan isteri kedua!
Sufie tersentak. Hatinya hancur.
"Di hari anniversary kita, abang bawak balik anak dengan perempuan lain! Disaat Sufie menunggu abang pulang dengan gembira, abang hancurkan kegembiraan tu sekelip mata. Tak cukup dengan itu, abang lumatkan hati Sufie dengan kehadiran anak abang! Abang cakap abang tak kisah kalau Sufie tak boleh mengandung! Apa semua ni?!" - Sufie Affiya
"Abang tahu abang salah, Sufie. Abang tahu abang dah buat Sufi kecewa. Tapi, percayalah Sufie. Semua ni, bukan kehendak abang. Ini hanya satu kesilapan. Abang tak pernah cintakan dia. Hanya Sufie dalam hati abang." - Affan
"Tak cinta sampai melahirkan anak? Bullshit apa yang kau cakap ni, Affan? Jangan tunjuk muka kau lagi. Aku jijik!" - Sufie.
Kerana 'kesilapan' bodoh Affan, dia berubah menjadi perempuan kurang ajar. Dia berubah menjadi isteri yang tak mendengar kata. Dan dia berharap, agar mak memahami hati perempuan. Malangnya, dia dipersalahkan.
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi