"Kau tahu bukan, aku akan sentiasa menjadi tempat untuk kau bersandar?" FARUQ UL-HAQQ Seorang jejaka yang berwawasan tinggi. Hanya satu prinsip yang dipegang olehnya iaitu pantang menyerah sebelum ajal. Kerjayanya hanyalah sebagai seorang peniaga air balang di pasar malam, namun tidak mengapa! Asal rezeki yang diperolehi halal sahaja. Walaupun begitu, Faruq tidak pernah mengeluh akan nasib hidupnya yang tidaklah mewah, namun tidaklah sesak kerana dia tahu, ada lebih ramai orang yang jauh lebih susah jika dibandingkan dengannya. Hidupnya hanya ditemani kakak dan adik perempuannya dan ibubapa yang tercinta di desa yang jauh dari kota. Namun dia akui, dia bahagia! IRENE ESHAL KING Hidupnya dipenuhi kemewahan yang melimpah ruah. Berasal dari keluarga yang berada dan mempunyai susur galur keturunan diraja. Namun, tidak pernah walau sekalipun hidupnya tenang. Berharta tidak bererti bahagia. Itulah situasi yang paling sync dengan hidupnya. Tutur sahaja King, pasti seluruh dunia tahu akan kewujudan keluarga berpengaruh yang terkenal dengan empayar perniagaan yang meluas di serata dunia. Kereta? Perkapalan? Enjin? Pengangkutan udara? Fesyen? Industri makanan? Industri pembinaan? Sebut sahaja, pasti King's Empire menjadi jawapan! Namun sisi gelap kehidupannya, dia tidak pernah berasa bahagia. Hidupnya tidak ubah seperti robot. Siang dan malam tanpa mengenal erti lelah, dia tetap bekerja semata-mata mengejar dunia yang dia juga tidak inginkan. Namun apakan daya, sedari kecil dia sudah dilatih dan diaajari dengan kehidupan sedemikian. Pertemuan Irene dengan Faruq hanyalah aturan takdir, bukannya pertemuan yang disengajakan. Jika Dia berkehendak, maka jadilah Ia. Apakah yang akan berlaku dalam kehidupan dua insan yang berbeza taraf martabat dan gaya hidup ini? Saksikan di BAHU. NO PLAGIARISM IS ALLOWED !! 95% MY OWN IDEAS 5% FROM MY READING TYPO IS NORMAL CRINGE, BORING, WILL GET READING SLUMP, GRAMMAR ERROR & OTHER FLAW. ‼️PLEASE READ AT YOUR OWN RISK‼️
1 part