Pertemuan pertama antara Ridhwan dan Nazirah di majlis perkahwinan kawan baiknya, telah membuahkan cinta pandang pertama buat lelaki itu. Tanpa dia tahu, Nazirah merupakan bakal pelajarnya. "Assalamualaikum, doktor. Sorry, saya terlambat." - Nazirah "Sempat lagi berangan. Ingat siapa? Boyfriend?" - Ridhwan "Taklah. Saya mana ada boyfriend." - Nazirah "Baguslah kalau macam tu. Masa tengah belajar ni, kenalah belajar betul-betul. Tak payah sibuk nak bercinta bagai." - Ridhwan Ridhwan sedaya upaya menyembunyikan perasaan cintanya memandangkan profesionalismenya sebagai pensyarah. Walaupun ada perasaan cemburu menyerang apabila ada pelajar lelaki yang cuba rapat dengan si gadis. Tamat semester, hasrat di hati untuk melamar terluah juga. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah berlaku sesuatu yang telah mengubah segala-galanya.