Chinta seorang gadis milik Puan Marissa dan Dato' Naoki Abdullah. Keluarga itu miliki sebuah syarikat antarabangsa bernama Na-Ri-Ta. Chinta sudah jatuh hati pada seorang lelaki bernama Harasy pada kali pertama mereka berjumpa tanpa sengaja . Pernah sekali Chinta dilamun cinta , tetapi kisah cintanya berubah menjadi tragis kerana mereka terlibat dalam satu kemalangan besar yang meragut nyawa kekasihnya. Adakah kejadian yang sama akan berulang sekali lagi setelah kemunculan Harasy Danial? "Chinta , yayang tak tahu kenapa sayang selalu nampak seolah-olah menangis dalam hati setiap kali tengok muka sayang, tapi yayang janji takkan tinggalkan sayang. Sehingga Allah memisahkan kita dengan ajal. Sayang tak perlu takut dengan apa yang akan terjadi selepas ini. Yayang kan ada? insya-Allah yayang akan sentiasa bersama sayang.",kata Harasy sambil mengelap air mata yang bertakung di mata isteri tercintanya, Chinta. Tanpa Harasy sedar, dia juga menangis. "Kenapa awak pun menangis? Tak macho lah macam ni..cakap bos mafia? Takkanlah bos pun menangis tersedu?",tanya Chinta kepada suaminya sambil masing-masing mengelap air mata. Bahagia.