48 parts Complete Mature'Boleh tak, untuk sehari saja, abang peluk Khayla, tanpa rasa benci?'
.
Dia seorang lelaki yang kacak, kaya serta murah dengan senyuman. Namanya gah meniti dari bibir ke bibir para cendekiawan dan ternokrat dari segenap empat penjuru dunia. Wanita gilakannya, lelaki juga cemburukannya. Iris mata hazelnya memukau sesiapa saja yang memandang. Pendek kata, sempurna!
Namun, hanya satu kekurangannya. Dia terlalu leka dengan dunia sehingga lupa kepada Sang Pencipta. Itulah Ziyyan Fael.
Gara-gara amanah sang ibu, Fael disatukan dengan Khayla Wafa, seorang gadis yang bertanggungjawab, cantik, setia dan tinggi ilmunya. Tetapi kekurangan besar yang ada pada Khayla membuatkan Fael membencinya, sampai mati!
"Ibu gila ke apa suruh Fael kahwin dengan perempuan bisu tu?" -ZIYYAN FAEL
Tetapi takdir tiada siapa bisa mengubah. Setinggi manapun Fael berkeras, mereka bersatu juga. Tetapi bersyarat.
"Aku setuju kahwin dengan kau, dengan syarat, kau jadi kuli aku." -ZIYYAN FAEL
'Saya terima. Asalkan awak berada di sisi saya, sudah cukup bagi saya.' -KHAYLA WAFA
Sepanjang tempoh itulah, Khayla terima apabila perkahwinannya tidak indah seperti pasangan yang lain. Kebahagiaannya musnah begitu sahaja dek kerana kebencian sang suami yang menggunung. Dia terus bersabar dan bersabar, sehingga waktunya, dia akan berhenti.
"Maafkan Khayla. Khayla gagal jadi isteri yang baik untuk abang. Khayla tak dapat berbual dengan abang, Khayla tak dapat gembirakan abang seperti perempuan lain. Khayla... memang isteri yang teruk, kan?" -DIARI KHAYLA WAFA
Mampukah mereka mengecapi bahagia? Bisakah Khayla meruntuhkan tembok ego Fael yang semakin meninggi? Jika Fael mengetahui kebenarannya suatu hari nanti, adakah dia bisa mendapatkan kasih suaminya, walau seketika cuma?
Started: 1 Mac 2024
Republish: 1 May 2024
End: 3 November 2024
•1st sadromance by ShazMieraa
•READ AT YOUR OWN RISK!!!