Dhani x Laila Laila merupakan gadis kampung yang diminati oleh anak ketua kampung. Bukan sahaja anak ketua kampung, dia mampu membuat seluruh lelaki tunduk akannya. Lirikan matanya yang sungguh menggoda. Namun begitu, dia bukanlah seorang wanita yang ingin ada hubungan dengan lelaki. Dia ingin bahagiakan ibu dan ayahnya. Dia turut mempunyai sikap ingin tahu. Polos. Suka bercerita. Suatu hari, Laila diterima kerja di satu syarikat yang ternama. Laila langsung tidak sangka akan berita tersebut. Semasa berkerja disana. Ada pelbagai masalah yang Laila perlu hadapi. Mampukah dia? Dhani mempunyai aura yang mampu membuat orang tunduk akannya. Dia seorang yang dingin. Tidak suka bercakap. Dia turut seorang CEO. Walaupun dia seorang yang dingin. Dia tidak mampu membuat Laila tunduk akannya. Dengan sikap Laila yang suka bercoleteh, dia mampu mengusik hati Dhani yang dingin itu. Namun, Dhani mempunyai rahsia yang amat besar. Dia mempunyai sebab kenapa dia terima Laila kerja. Apakah sebabnya dan mampukah dia luah perasaan itu?