DIA
  • WpView
    Reads 23
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Feb 8, 2025
WpInfo
Fiction
Mystery
Khyla Izzara bukan gadis biasa. Sejak berusia 6 tahun dia sudah digelar yatim piatu. Pada usia 17 tahun, hidupnya seakan-akan dilitupi awan gelap-dipulau rakan sekolah, dicemuh kerana dianggap aneh dan sering bercakap seorang diri. Namun, di sebalik semua itu, dia menyimpan rahsia besar. Khyla memiliki kelebihan yang tidak dapat dicapai melalui mata kasar manusia biasa. Keupayaan ini menjadi beban apabila satu bayangan mula menghantuinya. Seorang lelaki yang kelihatan seperti abangnya. Tanpa pengetahuan Khyla, abangnya menyimpan rahsia gelap. Dia telah membunuh dan mengawet seluruh keluarga mereka untuk menyembunyikan dendam lama terhadap perhatian yang tidak pernah dia peroleh. Namun, bayangan atau roh yang menghantuinya itu tidak mempunyai sebarang ingatan dan langsung tidak mengetahui identitinya sendiri. Khyla Izzara dan Keisha Sofia, kawan baru di sekolahnya yang juga memiliki kebolehan melihat makhluk ghaib, mula mencari kebenaran dan berusaha mengungkap identiti roh misteri itu. Mereka berdua terjerat dalam pencarian yang membawa mereka lebih dekat kepada kebenaran dan yang jauh lebih gelap daripada yang mereka sangkakan. Keisha juga terperangkap dalam konflik rahsia abang kepada Khyla kerana dia adalah kunci yang diperlukan untuk memenuhi dendam yang terpendam. Dalam dunia penuh misteri, darah dan bayangan, Khyla mesti membuat pilihan yang sukar untuk melindungi dirinya sendiri atau menghentikan abangnya sebelum dia menghancurkan orang-orang yang dia sayang.
All Rights Reserved
#375
mystery
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Bloody Flower (Malay Version)
  • Memori Mardhiyah (Completed)
  • FASA KEDUA    [Complete]
  • my life is for you [ COMPLETED]
  • Cinta Tiga Segi
  • Six sense
  • SELENOPHILE (OG)
  • The Haunted School S1
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • Fantasi Cinta Sufi'zz

Kisah seorang pelajar berumur 18 tahun yang dikenali sebagai "the queen of the school" iaitu Dahlya, seorang yang sering dikenali dan disegani di sebuah sekolah oleh kerana kecantikan dan kepakarannya dalam semua bidang. Pada suatu hari Dahlya terpaksa berpindah sekolah disebabkan oleh abangnya Dyni yang telah bekerja di suatu tempat berhampiran dengan sebuah sekolah baharunya di kawasan itu. Seorang pelajar 6 Ivy, Daniel seorang pelajar yang dikenali sebagai "top student" dan paling terkenal di sekolah tersebut kerana ketampanan dan mempunyai wajah kacukan menarik perhatian ramai pelajar perempuan tetapi sedikit angkuh dan tidak suka didekati oleh mana-mana pelajar kerana dia suka bersendirian .Namun, Noah iaitu saingan terhebat Daniel juga antara yang disebut-sebut disekolah itu oleh kerana kehebatannya dalam seni mempertahankan diri tidak tahan juga ketampanannya yang memukau setiap mata yang memandang ke arahnya. Suatu hari, semasa Dahlya ingin pergi ke perpustakaan tiba-tiba aura yang tidak diingini mengkaburi perjalanan Dahlya ke sana...seperti ada yang mengikutinya atau hanya 'anxiety' nya sahaja? Daniel juga ke arah yang sama untuk ke perpustakaan namun Noah yang munculkan diri di hadapannya dan berbisik "satu langkah ja lagi, kau akan jatuh"... ayat tersebut telah membingungkan si Daniel tetapi dia hanya biarkan "si psycho" itu pergi meninggalkannya... akan tetapi apakah yang dimaksudkan oleh Noah tersebut?

More details
WpActionLinkContent Guidelines