Aliyah ibarat anak sulung yang bertanggungjawab, walaupun sebenarnya dia anak bongsu. Abangnya, Firash masih bersikap kebudak-budakan, cepat marah dan tidak matang. Dia tentu akan berasa cemburu jika Aliyah lebih berjaya daripadanya. Firash pasti akan memukul atau membuli adiknya itu tanpa pengetahuan Ibu mereka, jika Aliyah mencapai kejayaan dalam sesuatu ataupun apabila Aliyah bersikap berani di hadapannya.
Sudah tiba masanya untuk Aliyah berkahwin. Dia sudah menemui calon suaminya, iaitu Syed Zhafril Adham. Walaupun Zhafril tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aliyah, Zhafril bersimpati dengan nasibnya yang perlu menjadi anak sulung di mana tanggungjawab itu sepatutnya digalas oleg Firash. Oleh kerana selama ni Aliyah bertanggungjawab menguruskan rumah, hidup Ibu dan Firash sangat mudah. Mendapat tahu Aliyah ingin berkahwin dan meninggalkan rumah, Firash menggelabah. Jika Aliyah berkahwin, tiada lagi 'bank bergerak', 'pemandu peribadi' , beg tumbuk untuk dipukul. Maka, Firash merancang strategi untuk menggagalkan perkahwinan adiknya.