[Update every Thursday] Insyaallah :)
Muse. Perniagaan warisan keluarga sejak satu abad yang lalu. Perniagaan yang mengangkat nilai estetik seni dan karya kreatif dalam warga konglomerat. Taalea adalah barisan waris yang terakhir.
Sejak kehilangan kedua ibu bapanya, Taalea sering menerima ugutan dan cubaan untuk mencederakannya dari pelbagai pihak, termasuklah dari ahli keluarganya sendiri. Satu kemalangan yang membuatnya hampir putus harapan menemukannya dengan satu akademi pertahanan diri dan juga seorang lelaki misteri.
"Kalau apa-apa jadi dekat kau malam tu, aku takkan dapat maafkan diri aku sendiri."
"Be independent, Taalea."
Sepuluh tahun berlalu, Taalea kini sudah bersedia untuk mencari jawapan kepada semua persoalan mengenai kes kehilangan ayahnya, Fakhri 13 tahun yang lalu. Dalam masa yang sama, seorang lelaki tiba-tiba sahaja muncul mengaku sebagai tunangnya.
Aufa, pemilik syarikat penghasilan karya tembikar. Dari luarannya, Aufa kelihatan seperti watak utama yang klise. Kacak, segak, sombong, tinggi dan berharta. Namun, disebalik paparan watak utama itu, Taalea mula meragui latar belakang lelaki tersebut dan juga kisah disebalik kecacatan pendengarannya.
Taalea langsung tidak menyangka, dari persoalannya yang kecil, telah membawanya kedalam satu kembara turun naik yang akhirnya menyingkap satu kebenaran yang lebih berat dari apa yang dilihat di permukaannya.