Cinta Mr Commander
---
Judul Sementara: Di Balik Uniform
Sinopsis:
Teja Ariana tidak pernah menyangka lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya suatu ketika dahulu akan kembali hadir - bukan sebagai kekasih lama, tetapi sebagai pegawai atasan di hospital medan tempat dia ditugaskan. Commander Riez Aidan, pegawai tentera laut yang berdisiplin, tegas dan berkarisma, adalah cinta pertamanya ketika mereka sama-sama menuntut di universiti. Namun cinta mereka terhenti dek halangan keluarga dan perbezaan impian.
Bertahun kemudian, di bawah langit misi kemanusiaan dan krisis yang meragut nyawa, mereka dipertemukan semula - bukan dalam pelukan, tetapi dalam kebuntuan dan jurang masa lalu. Teja yang kini menjadi jururawat cekal dan sedikit 'clumsy', cuba menepis gelora lama, manakala Riez tidak pernah lupa. Namun, tugas mereka tidak mengizinkan hati berbicara semudah itu.
Dalam medan perjuangan, konflik perasaan, dan kehadiran orang ketiga yang turut menyimpan rasa terhadap Teja - mampukah cinta yang pernah terlerai kembali bertaut? Atau mereka hanya sekadar dua insan di bawah langit yang sama, dipisahkan oleh masa dan takdir?
---