15 Bagian Sedang dalam proses DewasaSaat mula mencintai,
Waktu cintamu aku dambakan,
Biarpun dihimpit duka yang melara...
Mencintai, Lara Ezzara tidaklah sekadar lafaz yang terucap di bibir Riyaz Hanzalah. Dia, lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang, pernah menjanjikan cinta dan rindu yang sempurna pada isterinya.
Kerana tragedi kemalangan itu, Riyaz nekad meletakkan keegoannya di tempat yang paling tinggi. Dia bukan lagi lelaki yang sama penuh dengan cinta dan kasih sayang tapi sikap narsistik, egois dan cemburu menjadikan dia buta.
Terseksa menanggung segala bebanan yang menghimpit, sengsaranya dia menepis segala hinaan. Lipatan kisah perih itu terselak atas kekhilafannya sendiri, Lara Ezzara jatuh tersungkur di lantai takdir.
"Kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut abang cuma menyakitkan hati, Zara?" ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀.
Saat dia mula mencintai, Riyaz robek hati isterinya sendiri dengan begitu kejam. Lelaki itu pernah berjanji, tapi janji itu lenyap. Dimamah oleh waktu dan dikhianati oleh lelaki yang pernah bersumpah setia, bersumpah akan menjaganya hingga ke akhir hayat.
"Melutut. Melutut dan cium kaki aku. Tunjukkan yang kau masih tahu dimana nilai kau sebagai seorang isteri, isteri yang hina!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙.
Itukah lelaki yang selalu Ezzara inginkan kembali? Ezzara telah terluka untuk kedua kalinya. Apalah ertinya sebuah cinta, jika setiap harapan menjadi abu, jika setiap rindu berakhir dengan kelukaan?
"Lepaskan saya, Riyaz. Awak anggap jodoh kita sampai setakat ini saja." ―𝐋𝐀𝐑𝐀 𝐄𝐙𝐙𝐀𝐑𝐀.
Enam tahun telah berlalu, berbekalkan hati yang terluka, dia pergi menghilang tanpa khabar. Riyaz menjadi seorang yang perindu, menagih simpati, pujuk rayu dan terus menerus menghukum diri.
"...abang perlukan isteri abang. Janganlah hukum abang dengan rindu ini. Jiwa abang terseksa menanggung dosa! Abang merayu, abang melutut! Kembalilah, sayang!" ―𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐘𝐀𝐙.