ʟ.ᴇ.ᴀ.ɴ.ꜱ - ᴇᴠᴇɴ ᴅᴇᴀᴛʜ ᴄᴀɴ'ᴛ ᴅᴏ ᴜꜱ ᴀᴘᴀʀᴛ - Association with, @vyxenta. New cover made by, @nuraeyndz. Sebuah persahabatan yang huru-hara. Kucar-kacir. Sampaikan mereka sendiri pun bingung, dari mana sebenarnya mereka bermula. Sehingga boleh menglibatkan diri dalam kegiatan yang mereka sendiri tidak percaya akan kewujudannya. "Edwin tu yang mati dulu." -Lincoln Matthew "Mati sama-sama lah!" -Edwin Redgar Lain yang mereka jangkakan, lain pula yang jadi. Rupanya, semua itu hanya membuatkan persahabatan mereka menjadi lebih erat. Membina sebuah kepercayaan yang kuat antara mereka berlima. Sama-sama melindungi nyawa sesama sendiri. Senang kata, keluarga kedua mereka. "Macam mana aku boleh terlibat dengan orang-orang gila ni?" -Will Adneoniel Tetapi, mereka sedar bahawa kegiatan itu tidak membawa apa-apa kebaikan, mahupun keuntungan. Hanya memendekkan masa depan. Dan akhirnya mereka memilih untuk berhenti. Mengejar cita-cita yang diinginkan sebelum ini. Selama-lamanya. Untuk pertama kalinya mereka rasa bebas. Tidak perlu lagi melangkah dengan secebis rasa ketakutan. Melangkah dengan memikul beban setiap harapan yang mereka perolehi. Akhirnya mereka berlima boleh berlari. Lari dari tanggungjawab yang sebenarnya bukan milik mereka. Namun.. Semua itu bukan percuma. Ada harganya. Dipaksa kembali memikul beban itu. Tanpa mereka tahu itu semua adalah perangkap. Sebuah permainan darah yang 'dia' cipta untuk menyeksa mereka berlima. Menghancurkan setiap satu kehidupan yang mereka bina. "𝘐 𝘸𝘢𝘯𝘵 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘯𝘨𝘭𝘦 𝘩𝘪𝘮 𝘵𝘰 𝘥𝘦𝘢𝘵𝘩." -Axezander Larris "𝘐𝘵 𝘸𝘢𝘴 𝘩𝘪𝘮. 𝘈𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘪𝘮𝘦." -Lexverron Shane Pengkhianatan. Penipuan. Setiap satu hampir meretakkan persahabatan mereka. Yang akhirnya memakan diri. Kerana itu lah yang 'dia' inginkan. TW⚠️All Rights Reserved