Arluna Afeeya, atau Luna, seorang wanita muda yang sentiasa positif dan bersemangat, telah jatuh cinta dengan Fariq Al-Fath, seorang lelaki yang jauh lebih matang dan berbeza daripadanya. Mereka berdua bertemu ketika masih di bangku sekolah. Sejak pertemuan pertama mereka, Luna merasakan sesuatu yang kuat dan tidak dapat dijelaskan. Fariq, yang lebih fokus dengan pelajaran dan masa depan, tidak memberi perhatian lebih kepada Luna.
Luna, dengan sifatnya yang ceria, tidak dapat menahan perasaannya yang semakin mendalam terhadap Fariq. Dia mula memendam perasaan itu dan berharap satu hari nanti Fariq akan menyedari betapa dalamnya cintanya. Namun, Luna tidak pernah berani mengungkapkan perasaan itu, sehingga satu hari, dia akhirnya memutuskan untuk meluahkan apa yang selama ini terpendam.
"Fariq, saya suka kan awak."
-Arluna Afeeya
Dengan hati yang berdebar, Luna mengungkapkan perasaannya kepada Fariq, berharap dia juga merasakan hal yang sama. Tetapi, jawapan yang diterima sangat mengecewakan. Fariq menolak cintanya dengan kasar,dia juga memalukan gadis itu dikhalayak ramai.
"Cinta kau tu murah Afeeya."
-Fariq Al-Fath
Kecewa dan hancur hati, Luna berusaha untuk menerima kenyataan itu. Luna mula menjauhkan diri dan mengelakkan sebarang pertemuan dengan Fariq selepas itu, merasakan bahawa mereka tidak akan pernah serasi.
Bertahun-tahun berlalu, Luna berusaha untuk melupakan Fariq, walaupun bayangannya tidak pernah hilang dari fikirannya. Luna menyibukkan diri dengan kerjanya, menyelesaikan pendidikan dan mencari kebahagiaan sendiri.
Bertahun lamanya. Mereka dipertemukan semula. Fariq cuba untuk mendapatkan cinta Luna. Namun munculnya seorang lelaki yang juga menaruh harapan kepada Luna, membuatkan Fariq susah untuk mendekati gadis itu.
Rose, seorang gadis muslim yang taat, bekerja keras di sebuah kafe. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu Leo, seorang anggota kumpulan gelap yang misterius.
Setelah pertemuan yang tidak dijangka, Leo tertarik pada Rose yang penuh ketenangan, sementara Rose merasa terancam dengan kehidupan gelap Leo.
"Auch, sakit." - Rose
"Are you okay?!" - Leo
Leo yang terperangkap dalam dunia gelapnya itu mula meragui pilihannya dan tertanya-tanya apakah ada jalan keluar. Dia mulai mempertimbangkan untuk memeluk Islam, terutama selepas mengenali Rose.
"Ramai lagi perempuan yang bagus dari saya, carilah orang lain." - Rose
"Why other girl when you exist? Kalau aku kata aku nak kau, maksudnya kau je. Tak ada orang lain." - Leo
Rose, walaupun mula jatuh cinta pada Leo, berdepan dilema. Apakah dia boleh menerima tentang kehidupan Leo? Kuatkah dia untuk menghadapi pelbagai risiko?
Mampukah Leo dan Rose menghadapi perbezaan dunia mereka, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana takdir?
Start : 27 November 2024
End : 23 February 2025