Royale Red Wish -series-
Azrail Alexander Rex
Aera Wisteria Rose
Aera, seorang wanita muda berdarah kacukan Melayu dan Itali, dibelenggu masa silam yang tragis. Kematian kedua-dua ibu bapanya akibat musuh ketika berusia 10 tahun telah meragut kebahagiaannya. Trauma itu semakin dalam apabila dia kehilangan kepercayaan terhadap cinta akibat hubungan masa lalunya. Di sebalik senyuman lembutnya, Aera menyembunyikan kesedihan yang mendalam.
Namun, hidupnya berubah apabila dia dipaksa oleh datuknya untuk menikahi Azrail, seorang CEO yang juga pemimpin kumpulan mafia Red Wish dengan alasan impian arwah Ibu bapanya. Azrail, lelaki berdarah kacukan Melayu dan Sepanyol, adalah seseorang yang tegas, disiplin, dan berbahaya, tetapi di sebalik topeng kekerasannya, dia menyimpan ketakutan terbesar: kehilangan Aera.
Walaupun Aera dan Azrail berasal dari dunia yang berbeza, perkahwinan mereka membuka jalan kepada hubungan yang kompleks. Aera mula bertanya,
"Will he betray me?"
Di sebalik janji yang diberikan, rahsia kelam mula terbongkar. Azrail bersama kumpulan mafianya-termasuk Adryyan, abang Aera-berusaha memburu Cobra, individu yang bertanggungjawab atas kematian keluarga mereka.
Di tengah konspirasi, pengkhianatan, dan bahaya yang mengintai, cinta antara Aera dan Azrail diuji. Mampukah Aera mempercayai Azrail, atau adakah masa lalunya terus menghantui? Dan adakah mereka mampu menghentikan Cobra sebelum dia memusnahkan segalanya?
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.