Prologue
"Sekarang Keputusan berada di tangan mu Kean, kalau kau ingin mengikut ayah, maka kau harus menjadi seorang pelacur untuk menghasilkan uang. Jika kau ikut ibu mu, maka kau harus hanya perlu mendermakan darah mu untuk abang mu. Hanya 3 bulan sekali, kau dapat hidup enak dengan harta mereka" ujar seorang lelaki sambil menghisap rokok lalu dihembuskan tepat di muka seorang kanak-kanak lelaki smp di depannya.
Di sebelah anak lelaki itu, ada sepasang suami isteri yang duduk dengan Anggun dan tegap, nampak jelas perbezaan Dimas, lelaki yang menghisap rokok itu dengan Bas dan Christin.
"Kean, walaupun kau bukan anak kandungku, tapi ayah janji akan menjagamu selayaknya anak kandung ayah, selepas ini kau tidak perlu khawatir lagi dengan kehidupanmu, Kean mahu hidup enak kan?"
Mendengar itu, anak lelaki yang Bernama Kean itu mengangguk laju. Hidup tanpa harus memikirkan esok harus makan apa itu adalah salah satu mimpi nya. Dia bermimpi dapat makan enak, tidur nyenyak dan paling ditunggu adalah kasih sayang orang tuanya.
"tapi Kean tidak punya uang" lirih Kean perlahan.
"Kean tidak perlu khawatir tentang biaya kalau mahu ikut sama ibu, Kean hanya perlu menjadi anak penurut dan adik yang baik, kerana itu lah syarat melahirkan keluarga yang harmonis" ujar Christin dengan nada lembutnya.
Namun semua tahu bahawa nada lembut itu hanya racun yang sangat berbisa, terbuai dengan indahnya namun membunuhmu dengan perlahan.
Dan Kean, anak lelaki yang hanya inginkan hangat keluarga dan menghabiskan masa kanak-kanaknya dengan gembira terhanyut dalam racun itu.