PRINCESS AMANDRA by lilysnria CLARISSA AMANDRA, seorang gadis yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan, terkenal di universiti 'bukan kerana kepandaian atau kebaikannya, tetapi kerana kebiasaannya menindas mereka yang lemah. Disebabkan sifatnya yang suka menindas mereka yang lemah,ramai yang takut kepadanya dan selalu tunduk akan pada perintahnya. Namun, segalanya berubah setelah dia menemui sekuntum bunga ros merah yang mekar indah... Pada malam itu, dia terlelap sewaktu sedang menyiapkan tugasan kerjanya. Saat terjaga, dia mendapati dirinya berada di tempat yang amat asing, dikelilingi oleh suasana yang tak dikenali. "Apa yang dah terjadi?" "Kenapa aku dekat disini?" Pelbagai persoalan berlegar di fikirannya. Tiba-tiba, muncul seorang jejaka berpakaian megah seperti seorang raja. Dengan penuh keyakinan, dia memperkenalkan dirinya sebagai RAJA CARL ALVIN. "Siapa kau?" "Carl Alvin." "Kenapa aku dekat sini?" "Segala perbuatan yang telah kau lakukan terhadap orang lain... akan kembali menimpa diri kau." Adakah dia mampu keluar dari dunia itu? Siapa sebenarnya jejaka misteri itu? Mampukah dia bertahan dalam dunia khayalan yang penuh misteri ini? Segala persoalan akan terjawab di sini... Antara khayalan atau... realiti?All Rights Reserved
1 part