𝑴𝒚 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 𝑰𝒔 𝑨 𝑩𝒂𝒃𝒚𝒔𝒊𝒕𝒕𝒆𝒓
34 Bagian Lengkap 𝓓𝓪𝓽𝓸 𝓱𝓪𝓻𝓲𝓽𝓱 𝓲𝓼𝓴𝓪𝓷𝓭𝓪𝓻 𝔁 𝓛𝓪𝓲𝓵𝓪 𝓐𝓶𝓲𝓻𝓪
Selepas pelbagai kejadian yang melibatkan abangnya dan Medina, serta pergolakan yg melanda keluarga mereka, kini tibalah giliran kisah ank perempuan dlm keluarga itu pula. Amira.
Amira, gadis manis yang masih mencari arah tuju hidup, mula berasa tertekan apabila tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai untuk dirinya. Namun, satu perkara yang dia pasti, dia sangat sukakan kanak-kanak. Maka, tanpa berfikir panjang, dia memohon kerja sebagai babysitter.
Menjaga anak kecil itu tidak ubah seperti menjaga anak sendiri. Amira melayan budak perempuan itu dengan penuh kasih sayang, sehinggakan si kecil itu memanggilnya 'mummy.' Dia tidak pernah membetulkan panggilan itu. Bagi Amira, kanak-kanak hanya tahu meluahkan apa yang mereka rasa.
Namun tanpa dia sedari, perlahan-lahan si duda itu mula membuka hatinya. Lelaki itu bukan sahaja menghargai kehadiran Amira dalam hidup anaknya, malah menyimpan rasa sejak hari pertama gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah mereka.
Dia ialah Dato' Harith Iskandar seorang lelaki kaya dan berpengaruh, pemilik empayar perniagaan yang dikagumi ramai. Seorang CEO berjaya yang sentiasa tampak tenang dan berkarisma. Namun di sebalik wajah beku dan tutur katanya yang dingin, tersimpan luka dalam yang belum sembuh. Perkahwinannya musnah angkara kecurangan si isteri, menjadikan hatinya keras, dan pintu cintanya tertutup rapat.
Namun, gadis kecil yang menjadi pusat dunianya Arya Katrina sentiasa memberi sinar dalam hidup yang kelam. Arya seorang anak yang manja dan sedikit degil, namun mudah menurut kata apabila dipujuk dengan kasih sayang. Dia ringan tulang, selalu mahu menolong sesiapa saja di sekelilingnya walaupun masih kecil. Keletahnya menghiburkan, namun sikap penyayangnya itulah yang perlahan-lahan membuka ruang untuk Amira bertapak dalam hidup mereka.