Story cover for Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal by M1dn1ghtBurner
Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal
  • WpView
    Reads 1,935
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 95
  • WpView
    Reads 1,935
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 95
Complete, First published Aug 16, 2024
Sekadar Berkongsi. Kalau suka, sila beli. 

https://www.karangkrafmall.com/isteriku-naik-hantu

Persahabatan Qarina dimusuhi teman baik sendiri. Sepuluh tahun dia mengunci rapat pintu hatinya. Baginya, kasih pada Iqram adalah kasih tersimpul mati. Dia sudah serik mempunyai teman baik dan kekasih hati.

Fareez Aiman memegang prinsip cintanya sendiri. Cinta sebelum kahwin, sorry... memang dia tidak layan.

Baginya, cinta selepas berkahwin penuh dengan nikmat dan berkat. Tetapi ada yang kata, dia tidak pandai bercinta kerana dia kategori mamat poyo. Kerana cinta terluka, Qarina mengakui Fareez adalah bakal tunangnya kepada Iqram dan Balqis tanpa dia tahu Fareez sebenarnya sepupu Iqram.

Apabila rahsia sudah terbongkar, mereka bersatu di dalam ikatan yang sah. Setelah berumah tangga, baru Qarina sedar. Mamat poyo sebenarnya adalah mamat romeo. Apabila hati sudah berbunga sayang, dugaan pula melanda. Iqram menagih janji lama. Nelly pula datang menggoda.

Walaupun dalam hati masing-masing sudah berputik cinta, tetapkah Qarina menjadi milik Fareez? Atau Iqram juga yang mampu mengisi kekosongan hati? Antara kata minda dan kata hati, siapa yang berhak di sisi?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add Isteriku Naik Hantu karya Syikin Zainal to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta) by cikshazee
15 parts Complete
PRIMA FACIE SHERA ZULGHAFAR Sem. Malaysia RM26.00 Sabah/Sarawak RM29.00 Sinopsis: Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. "Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?" - NUR NADHRAH "Well, that depends on how we are treated." - AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terlampau benci. Nanti akan jatuh sayang! Bagaikan magnet yang berbeza kutub, mereka akan kembali bercantum. Di mana ada Nadhrah, di situ juga ada Raffi. Kehadiran Sarah, bekas kekasih Raffi, kembali mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Aiman Suffi yang dalam diam sudah lama menaruh hati dan perasaan pada Nadhrah. Mereka berdua punya matlamat yang sama: masing-masing mahu cinta mereka diterima Nadhrah dan Raffi. "Kalau susah sangat, kau kahwin aje dengan aku, Nad! Habis cerita!" - AIMAN SUFFI "Penting sangat ke Nadhrah dalam hidup you ni, Raffi?" - SARAH AYESHA Namun, ada satu rahsia besar yang disembunyikan Raffi daripada pengetahuan Nadhrah. Tanpa diduga, malang yang menimpa Nadhrah membuatkan dia terpaksa bergantung harap pada lelaki yang pernah dibencinya. Tanpa sedar, timbul satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam hatinya yang selama ini membenci seseorang yang bernama lelaki. Mampukah Nadhrah merendahkan egonya dan berterus-terang pada Raffi akan perasaannya yang sebenar? Atau, patutkah dia tepis rasa rindu dan sayang yang kian mekar di dalam jiwa? Dalam mencari kebenaran, siapakah Nadhrah di dalam hidup Raffi? Apa rahsia yang selama ini Raffi sembunyikan daripada pengetahuan gadis itu? Tidak dicintai memang menyedihkan, tetapi jauh lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama ketika hati sudah saling mencintai. Jika harus memilih antara nafas dan cinta, maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan aku cinta padamu.
Psycho Itu Aku Punya  by itsmenurfa
80 parts Complete
SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang nakal di sekolah, dia dan 2 orang kawannya itu Ameer dan Hariz suka membuli orang sehingga ramai yang berpindah sekolah kerana mereka bertiga. "weh jalan tu pakai mata lah, ikut suka hati kau je langgar orang, mata letak dekat mana? lutut ke? kalau rasa rabun tu pakai lah cermin mata, takkan itu pun nak kena ajar!!!"-SYED AZRIEF AYRA AMANI seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudaranya belah mamanya merangkap mummy, Puan Marina lah yang menjaganya selepas kematian ibubapanya, dia seorang yang degil, keras kepala dan akan melawan balik apa yang orang cakap. "kau siapa nak marah-marah aku ha? aku tak kenal kau pun, tiba-tiba nak marah orang, gila ke? kan aku dah minta maaf kan tadi kau pekak ke? heh tak sangka muka handsome tapi pekak"-AYRA AMANI Kerana perjanjian antara arwah ibubapanya dan ibubapa Syed Azrief, mereka terpaksa berkahwin muda sehingga mereka bergaduh hari-hari, pantang berjumpa pasti akan bergaduh ibarat seperti Tom and Jerry. "aku tak ingin pun lah nak kahwin dengan kau! Kau fikir aku ni ada hati ke dekat kau?"-AYRA AMANI "habistu kau ingat aku suka dekat kau lah? minta simpang lah aku nak suka dekat kau. Dah lah pendek tak sedar diri"-SYED AZRIEF "saya Mia Adriana bekas kekasih hati Syed Azrief"-MIA ADRIANA "kau tunggu perempuan akan aku singkirkan kau dari hidup Azrief"SHARIFAH AMELYN [Old Version] - [New Version]
Nama Yang Kulangitkan by sekuntumdaesy
32 parts Ongoing
"Saya pun tak tahu macam mana saya boleh suka kamu. Pertama kali saya tengok kamu, saya tahu yang kamu lain daripada yang lain. Kamu istimewa." -Aisha- Nur Aisha. Gadis periang yang membuatkan semua yang mengenalinya tidak kering gusi melayan karenahnya. Namun dia ditakdirkan jatuh cinta pada seorang lelaki yang tidak mungkin dimilikinya. Seketika dirinya mulai berubah, tidak seceria dulu. Azim. Seorang lelaki bertubuh kecil, berkulit sawo matang. Senyumannya yang manis mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati padanya. Dia mudah mesra dan kelembutan dalam tutur katanya membuatkan semua selesa berada dekat dengannya. Tanpa dia sedar, dalam keramahan itu dia telah meluluhkan hati seorang gadis. Namun dia belum bersedia. Masih banyak perkara perlu diuruskan sebelum memikirkan soal cinta! "Semoga kamu dipermudahkan segala urusan ya. Saya doakan baik-baik untuk kamu dunia dan akhirat." -Azim- "Jangan bazir waktu untuk seseorang yang tak suka pada kamu. Moveon, teruskan hidup." -Kak Farhanah- "Hang kena lupakan dia weh. Doa baik-baik semoga hang dipertemukan dengan jodoh yang baik. Begitu jugak dia." -Dahlia- "Kak, penat aku tengok kamu menangis sebab lelaki. You deserves better, stop it." -Saydatul- Ini bukan soal deserves better atau tak. Hatinya yang sudah terpaut tanpa dia pinta. Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Apakah dia akan terus mencintai lelaki itu ataupun berputus asa? Dalam setiap sujud dan doanya apakah masih nama yang sama dilangitkan?
Suami Aku Si Kaki Buli! by miss_drama_
54 parts Complete
Nur Aliana...seorang gadis yang garang.Pantang dicabar!Selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan,selagi itu dia akan berusaha.Tapi,ada satu perkara yang Aliana lemah.Soal hati..Sejak cintanya ditolak,hatinya mula tetutup untuk mana-mana lelaki pun.Tak kiralah lelaki itu kacak atau anak dato' sekalipun.Dia terlalu takut untuk jatuh cinta buat kali yang kedua. Muhammad Zarif Arsya..lelaki yang terkenal dengan keegoannya.Apa yang dia inginkan,harus dituruti.Kalau tidak diikutkan,habis berdarah telinga sebab dengar ayat-ayat yang menyakitkan keluar dari mulut dia.Disebabkan perangainya yang 'fussy' itu,menyebabkan orang di sekelilingnya menyampah.Harap muka saja hensem,tapi perangai teruk! Terikatlah perjalinan antara mereka tatkala mereka dijodohkan oleh ibu bapa mereka sendiri!Pada mulanya Aliana memang membangkang.Namun,memandangkan di kalangan adik beradik hanya dia sahaja yang masih membujang,dia terpaksa akur.Dia pun tidak sanggup digelar 'andartu' seumur hidup!Lain pula Zarif..Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan mamanya bahagia.Walaupun dia terpaksa berkorban. "Heee..Poyo betullah laki aku ni!Bukannya tak ada kedai makan dekat luar sana tu.Berlambak okay?!Tapi dia nak jugak aku masak." ~Aliana "Boleh tak jadi pembersih sikit?Kalau dah masak tu,kemaslah balik.Takkan nak biar tikus buat sarang kot?Entah-entah tikus pun tak hingin nak masuk dapur ni"~Zarif Begitulah sikap Zarif sepanjang mendirikan rumah tangga.Suka sangat nak buli Aliana.Sehari tak sakitkan hati Aliana,tak sah!Tatkala mereka mula menjalani bahtera bahagia,terbongkar satu rahsia yang tersimpan rapi.Apakah kesudahannya?Adakah hubungan mereka akan berkekalan?
MIRACLE OF LOVE | The Fate ✔ by Wife_shrek
15 parts Complete
Siapa sangka, cinta yang kita pertahankan selama ini, musnah begitu sahaja akibat kedatangan seseorang. Namun, kedatangan seseorang itu membawa seribu satu harapan terhadap kita. Diakui sebagai 'isteri' bukan lah mudah bagi seorang Izian Nadra menerima nya. Si Firash Amsyar ini pula datang dari masa hadapan untuk berjumpa dengan 'isteri' nya bagi melepaskan rindu terpendam. "Akhirnya, saya jumpa awak sayang.. Isteri saya yang saya rindu." Nampak seperti mustahil, tetapi takdir tuhan sesiapa yang tahu. Dalam jangka masa yang tuhan berikan iaitu 30 hari, mampukah seorang Izian Nadra memenuhi kehendak lelaki yang bergelar 'suami' nya pada masa hadapan. Siapa tahu, dari mulut kata tidak peduli, namun dalam hati siapa yang ketahui? Kehadiran Firash dalam hidupnya sedikit sebanyak mengubah corak hidupnya ke arah yang baru. Namun, di saat hati tersakiti meninggalkan kekasih lama untuk tanggungjawab yang baru menjadikan Izian Nadra bukan seorang Izian Nadra yang dulu. "saya minta maaf sayang.." "awak hanya tahu minta maaf je! Persahabatan dan percintaan saya lenyap sejak awak muncul! awak ingat dengan kata maaf tu segala-galanya akan okey? awak dah rampas hidup saya! sekarang awak nak saya jaga awak? sayangkan awak?! maaf! tapi saya benci awak!" Ketika diri dilema pelbagai perasaan, tuhan kirimkan satu dugaan baharu terhadapnya untuk memberikan kesedaran terhadap seorang Izian Nadra. "Lian, kau jangan risau.. Firash mesti sedar nanti." "ya, dia akan sedar. Aku pasti dia akan buka mata dan panggil nama aku. Cuma.. Masa tinggal hanya sepuluh hari lagi sebelum dia pergi." Mampukah dia menebus silapnya dalam jangka masa yang tinggal hanya sepuluh hari lagi? Antara diri nya atau masa, manakah yang mendahului? NOTE: Cerita rekaan dan imaginasi dari sebuah novel yang di baca. Tidak logik untuk di fikirkan, tapi jika itu hanyalah seni daripada seorang penulis. Tidak ada yang mustahil. jika tak suka, jangan add dalam library :)
You may also like
Slide 1 of 10
Ku Milikmu cover
MENUNGGU DI SEBALIK TAKDIR cover
Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta) cover
Oh! My Husband Tengku(HIATUS) cover
Please, You're Mine ! cover
Psycho Itu Aku Punya  cover
Nama Yang Kulangitkan cover
Sentuhan Kasih cover
Suami Aku Si Kaki Buli! cover
MIRACLE OF LOVE | The Fate ✔ cover

Ku Milikmu

32 parts Complete Mature

Kau baik Izzah, tapi kenapa hati aku tiada pada kau - Farid Haikal. Kenapa mesti dia lelaki yang aku cintai! - Nurul Izzah. Nurul Izzah sentiasa berharap jikalau cinta yang muncul di hatinya kepada Farid Haikal itu akan berbalas namun pemuda itu rupanya tidak pernah menoleh ke arahnya. Bagi Farid, Nurul Izzah hanya gadis biasa yang tiada tempat di hatinya. Disaat Nurul Izzah meluahkan perasaannya kepada Farid, barulah dia sedar hati suaminya masih kosong kepadanya, tiada sayang, tiada juga cinta hanya tanggungjawab yang rupanya menjadi penghubung di antara mereka. Lelah dan malu, Nurul Izzah mengambil langkah untuk pergi. Ironinya disaat itulah Farid mulai menoleh ke arah Nurul Izzah, melihat cinta yang selama ini dihalangnya untuk datang mengetuk pintu hati. Mampukah sebuah cinta yang tidak pernah wujud akhirnya bersemi? Atau perasaan yang diangankan selama ini hanya akan tinggal akan tinggal angan-angan?