"Perkahwinan harus disembunyikan daripada semua orang. Hanya you, I dan saksi saja yang tahu." - Syed Qaider
Tak pernah terfikir dia akan setuju dengan rancangan gila tu. Tapi, demi hidup senang, Hazel rela hati. Lagipun, dia tak rugi. Qaider kacak, kaya, berkarisma. Pakej lengkap!
Namun satu je yang buat dia annoying. Lelaki tu, miang yang amat!
"You ni ada keturunan ulat bulu ke? Kenapa gatal sangat ni? Sepatutnya kahwin sorok-sorok, perangai tak macam ni." - Hazel
"I dah cakap kan, i nak anak. Both of us agree to that. You nak hidup senang, I pula nak anak lelaki. I ulang, anak lelaki. Dan bila you mengandung, I akan kenalkan you pada semua orang."
""Then, semua orang akan fikir I mengandung anak luar nikah. Macam tu?" - Hazel
Malangnya, tak sempat mengandung, mereka dah kantoi awal. Hazel terkedu, Qaider terkelu. Rahsia terbongkar, plan berubah.
"Sebab youlah ni, rahsia terbongkar! I dah cakap, dekat luar sila behave. Bukannya peluk sana, peluk sini, kiss sana, kiss sini. Ini bukan kahwin sorok-sorok, ini you nak bagitahu semua orang I ni bini you!"
"Benda dah terbongkar. Bebel panjang pun takde guna. Gambar kita berpeluk dah viral satu Malaysia. Enjoy jelah."
Mulanya dia bahagia jadi isteri simpanan. Sekarang, dia rasa menyesal. Mana taknya, perangai Qaider tak seperti yang dia sangka. Begitu jugak dengan keturunannya.
Namun, ada sesuatu aneh yang melekat dalam hati. Yang mana, walaupun hati menyampah, kaki tetap tak mampu melangkah. Tetap terpasak di sisi Qaider tanpa sebarang arahan.
Adam Hirdy | Azalea
**TRIGGER WARNING**
READER DISCRETION IS ADVISED.
This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping, murder, self-harm, and suicide. If any of these topics are triggering for you, please consider skipping those parts or stop reading altogether.