"Ambillah adik aku kalau kau nak. Kahwin dengan dia. Penat aku nak jaga. Nakal sangat." - Eman
Eman menawarkan adik sendiri kerana serabut. Tawaran Eman Zhen cuba pertimbangkan. Namun, ada satu masalah besar.
Beza umur! 15 tahun jarak beza. Sah-sah perangai pun berbeza. El yang tak matang. El yang nakal. El yang tak dengar cakap. Dan El yang menyusahkan.
"Macam mana you boleh langgar kereta orang? Keluar parking je kut, El."- Zhen
"El tak nampak, pakcik. Kereta besar sangat." - Ellys
Masalah kedua, El suka sangat panggil dia pakcik. Buat dia rasa, dia berkahwin dengan anak saudara sendiri pulak. Setiap tingkah laku, jadi terbantut.
Nak bersweet-sweet, rasa geli. Apatah lagi, nak mintak hak sebagai suami. Silap haribulan, orang cakap dia Phedophile. Penderaan seks atas kanak-kanak. Niaya!
Hari berganti hari. Tanpa sedar perasaan sayang mula wujud. Cinta mula berputik. Dan dia tak mampu kawal diri sendiri. Apatah lagi, El mula meminta hak sebagai isteri dan mempertikaikan tanggungjawabnya sebagai suami.
"Berapa pun beza umur kita, awak tak boleh abaikan hak saya sebagai isteri. Kalau awak tak anggap saya seorang isteri, better awak lepaskan saya. Just divorce me. Senang."
Never! Bercerai tak akan sesekali. Langkah mayat dia dulu. Namun, perasaan malu dan geli, dia tak mampu nak hapuskan dari diri sendiri.
"I love you. But.... just wait a little longer."
"Susah sangat ke awak nak anggap saya isteri? Sampai bila awak nak anggap saya macam adik? I'm your wife, Zhen."
"Tunggu setahun je lagi."
Malangnya...El tak sesabar yang Zhen fikirkan. Di saat Zhen kantoi dengan bekas tunang, hanya satu je dalam fikiran El.
Zhen tak pernah mencintai dia. Pakcik Garang tu cuma menggunakan dia sebagai penyelesaian masalah. Lantas, dengan hati yang ralat berbalut duka, Ellys melangkah pergi meninggalkan sesuatu yang tak pasti.
Dan di saat kehilangan, barulah Zhen mengerti. Cinta itu, tak mengenal umur. Tapi, segalanya sudah terlambat. Ellys sudah pergi jauh dari hidupnya.
15/7/23
10HM dipublish kembali. Tiada penukaran jalan cerita dan tiada penambahan bab atas kehendak penulis sendiri. Teguran sangat dialu-alukan. Terima kasih.
Hanya sebuah mimpi indah.