"Kenapa dia?"
"Kerana mama rindukan arwah Lisha. Wajah mereka seiras."
Dia menjadi pilihan hanya kerana wajah yang seiras. Wajah yang mereka rindui sekian lama. Wajah yang kian dilupakan oleh waktu. Difikiran orang, dia perempuan paling bertuah.
Di angkat dari rumah anak yatim piatu, menjadi isteri kepada Tuan muda Naqiu Emran. Padahal hakikatnya..
"Kau ingat kau siapa? Kau fikir, bila kau dah jadi isteri aku, kau berhak buat apa saja? Hell, no! Kau jangan nak melampaui batas, Dareen. Kau tak layak mendekati aku, apatah lagi panggil aku abang! Kau bukan Lisha! Kau bukan arwah isteri aku. Kau hanyalah anak yatim piatu yang mama kutip. Anak yatim piatu yang kelaparan duit! Jangan nak berlagak macam kau tu isteri aku!" - Emran.
Awak ingat saya nak sangat ke jadi Lisha? Saya pun tak nak! Awak ingat awak sorang ke terluka? Saya pun sama! Awak fikir saya bangga dengan wajah ni? Wajah ni, wajah yang malang bagi saya. Sebab apa? Sebab takde sesiapa yang terima saya sebab diri saya. Korang terima saya, hanya sebab wajah yang serupa dengan arwah Lisha. Korang fikir, saya mampu jadi arwah Lisha? No! Kami berbeza dan tetap berbeza! Korang fikir, dengan buat saya lahirkan zuriat, rasa bersalah korang akan hilang? Tak akan!" - Dareen
"Jangan bermimpi yang Emran akan cintakan you. Dia takkan sesekali. I kenal anak I. You takde pilihan lain. You kena 'bersama' dengan dia dengan cara I." - Datin Lida
Bila mama masuk campur, hidup mereka mula haru biru. Malam pertama, mama kunci bilik dari luar. Malam kedua mama paksa Dareen pakai seksi. Malam ketiga mama bagi ubat tidur. Hanya demi zuriat!
Di saat Dareen melahirkan, derita mula muncul. Dia perlu pergi kerana janji. Namun, mana mungkin Dareen berlalu pergi.
"Saya sanggup jadi orang gaji rumah ni. Saya sanggup merayu dan melutut. Tapi tolong, tolong izinkan saya menyusu dan menjaga anak saya, Datin." - Dareen.
Dia merayu demi anak. Dia melutut demi anak. Kerana dia tak nak si anak mengalami nasib sepertinya.
Affan Adry x Affan Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]